Friday, March 23, 2012

Macamana saya boleh berminat untuk berniaga murtabak?

Assalamualaikum wbt... Bismillah..... Alhamdulillah syukur di atas nikmat dan rahmat yg DIA berikan...

Saya telah kehilangan pekerjaan saya apabila Spansion (KL) menutup operasinya pada penghujung tahun 2011 (tahun lepas). Ia agak mengejutkan saya kerana pada masa Spansion membuat pengumuman untuk menutup operasinya, saya berada di Mekah bersama2 dengan isteri saya (Atika Mohd Ramli) bagi menunaikan ibadah haji yang wajib ke atas kami.

Pada masa tersebut saya tiada perancangan apa2 sebab memang agak mengejutkan berita Spansion akan menutup terus operasi mereka tetapi saya telah menyimpan niat untuk kembali menjadi seorang usahawan setelah saya meninggalkan bidang ini hampir 20tahun yg lalu. Saya rasa ini adalah saat yang amat sesuai untuk saya menceburkan diri dalam bidang pernigaan..... tetapi apakah perniagaan yg akan saya buat? Saya amat bercita2 untuk memiliki sebuah restoran sendiri tetapi pada masa tersebut saya tidak pulak memikirkan untuk membuka sebuah restoran.

Sebenarnya ada cerita disebalik "pembukaan stall murtabak" kerana semasa di Mekah, isteri saya telah berkenalan dengan seorang Mami Tanjong.... yg pada masa tersebut bertanyakan saya yang dikatakan "Mamak Penang".... cerita punya cerita sehinggalah terkeluar cerita tentang Ghaffur Murtabak dan Mamu Mubarak (yg berniaga murtabak di Sungai Pinang).... memang Ghaffur murtabak dikenali oleh sebahagian penduduk Pulau Pinang sehinggakan nama Ghaffur Murtabak membuatkan orang lain (Mami Tanjong) mengenali saya sehinggakan di Mekah sendiri.... itu adalah salah satu sebab saya tergerak hati untuk meneruskan resepi asli atuk saya... ada banyak lagi sebab yang membuatkan saya tergerak hati utk meneruskan pernigaan murtabak atuk saya.....

Sejarah Murtabak A.Ghaffur

Assalamualaikum wbt.....Bismillah... Syukur kepada Allah swt di atas rahmat dan nikmat yang telah diberikan

Nama Abdul Ghaffur adalah nama moyang saya (Shamsul) yang membawa resepi Murtabak ke Pulau Pinang.

Perniagaan murtabak beliau telah diwarisi oleh anak2 beliau yg bernama Abdul Wahab dan Tahir yang berniaga murtabak di sekitar Komtar (Gama - Simpang 6).

Atuk saya iaitu Abdul Wahab bin Abdul Ghaffur telah mewariskan resepi murtabak yang telah beliau pelajari kepada anak beliau (iaitu pakcik saya) yg bernama Muhammad manakala atuk Tahir bi Abdul Ghaffur telah mewariskan resepi yang beliau perolehi kepada anak beliau iaitu Mubarak.

Kedua2 pakcik saya masih meneruskan perniagaan murtabak di Pulau Pinang sehingga sekarang. Mamu Muhammad berniaga di Butterworth manakala Mamu Mubarak berniaga di Penang island.

Wednesday, March 21, 2012

Majlis Perasmian Gerai @ Wangsa Melawati 4

Assalamualaikum... Majlis rasmi akan diadakan pada 31st March 2012, 3pm~7pm. Semua dijemput hadir. Rasailah kenikmatan murtabak sebenar dari Penang.