Thursday, June 28, 2012

Wajib Try Menu Baru Kami....Kambing Special RM10...paling sedap!!!

Bismillah... Assalamualaikum wbt.... Alhamdulillah syukur dengan nikmat dan rahmat dari Nya....

As salam semua. 

Pada hari Selasa lepas, 25hb Jun, kami di Murtabak AGhaffur telah menambah 1 lagi menu bagi mempelbagaikan lagi pilihan anda semua....

Kami telah memperkenalkan Murtabak AGhaffur Kambing Special yg berharga RM10. "Amat sedap.... macam nak menangis sedap ye, kata seorg dari pelanggan kami!!.... Hari ini dan semalam sahaja, kami hanya menyediakan 30 keping kambing special setiap hari, dan dah 2 hari, adunan ye tidak mencukupi....
 
Kpd yg belum menikmati kenikmatan kambing Murtabak AGhaffur Special, sila order...019 3555 818 atau dtg ke gerai kami. Tapi saya nasihatkan anda yg berkeinginan supaya telefon dulu, sbb untuk memasak kambing special nie mengambil masa agak 10 minit utk 1 kpg....oleh itu, bole order dulu sebelum dtg.
 
Ok. Sekian dulu.
 
Salam:)
 
Atika

Hot Hot Delivery Semakin Mendapat Sambutan....

Bismillah... Assalamualaikum wbt.... Alhamdulillah syukur dengan nikmat dan rahmat dari Nya....

As salam semua. 

Syukur sentiasa dgn limpahan rezki dari Nya....kami amat terharu dgn response dari semua 'Murtabak Lovers' bila Hot Hot Delivery flyers disebarkan melalui email di pejabat2....

Saya berterima kasih kepada semua sahabat handai yg telah membantu kami untuk forward kan flyers 'Hot Hot Delivery' Murtabak AGhaffur kepada semua kenalan masing2. Tak sangka kuasa email nie amat besar....dari 1 email jadi 10 email dari 10 email jadi 100 email...begitu la kuasa dunia cyber..fantastic!! syukur kita dpt leverage dari kecanggihan teknologi ini.

Saya terus berharap pasaran utk segment 'Hot Hot Delivery' Murtabak AGhaffur terus mendapat sambutan hangat. Semlm sahaja,10 tempat/pejabat Shamsul dan Yassir (adik saya) berkejaran untuk buat delivery. Syukur alhamdullillah....dan tadi juga lebih kurang 10 tempat/pejabat, dan esok dan seterus nye. Bukan ape, kadang2 kita di office nie malas nak keluar cari makanan, especially pejabat2 yg jauh dari kwsn gerai/food court. Senang sikit if kita boleh just call dan ada org buat delivery...:).
 
Kepada yg telah membantu untuk mempromosikan Hot Hot Delivery Murtabak AGhaffur, saya dahului dgn ucapan jutaan terima kasih. Kami tidak dpt membalas jasa baik anda semua, hanya Allah shj yg dpt membalas ye, insyaallah:) Amin..
 
Ok. Salam...
 
Atika
 
Note: Shamsul kebelakangan ini tidak dpt menulis, walaupun minat ye adalah menulis....mungkin krn beliau terlalu penat....jumpa lg, insyaallah.
 


Wow!!! Murtabak AGhaffur - Brand Name dlm dunia Murtabak!...kata Dr Ghouse Noor:)

 Bismillah... Assalamualaikum wbt.... Alhamdulillah syukur dengan nikmat dan rahmat dari Nya....

As salam semua. 
 
Saya terbaca comment dari seorang customer yg dihormati, Tuan Dr Ghouse. Terharu bila dia menyebut yg Murtabak Ghaffur is a brand name for Murtabak. Betapa bangga ye kami di Murtabak Ghaffur......tkasih Dr:)
 
Sebagai anak kelahiran KL, saya memang sebenarye tak pernah mendengar nama Ghaffur Murtabak nie, sehinggalah berkahwin dgn Shamsul dan baru la dpt tahu sedikit sebyk mengenai sejarah murtabak nie. Walaupun saya tidak pernah menggemari akan murtabak ini bila arwah Atok Wahab berniaga di Simpang Enam berhadapan dgn Craven A & Gamma (waktu tu belum kahwin ngan shamsul) tetapi, disebab kan ayah dan ibu saya rupanye penggemar murtabak Atok Wahab, maka, Shamsul telah membawa bakal bapa mertua beliau pd amsa itu ke gerai/kedai atok Wahab utk mkn murtabak.......terkenang kisah silam....:)
 
Di sini saya ingin berkongsi cerita Dr Ghouse dgn semua. Dibwh adalah keratan catatan beliau di blog kami:)
*********************************************************************************
Terima kasih kerana memasukkan nama saya kedalam blog tuan, Ya Alhamdulillah, kira2 45 tahun lepas, saya pernah makan murtabak Ghafur Bertam Lane bersama datuk saya yang juga sahabat kepada Arwah Ghaffur. Waktu itu masih ada Ghani Beriani yang popular dan ice cream on top of the world yang famous tu..Tapi kalau murtabak tak boleh nak lawan Ghaffur Murtabak "brand Name" dalam dunia murtabak.lepas tu saya makan murtabak yang dibuat oleh Mamu Tahir (fakta nama saya confuse betoi tapi tadi adra Shamsul dah betulkan sedikit kekeliruan nama orang2 ama ni)di Bertam lane sebelum saya berjumpa dengan Tok Wahab di simpang enam sebelah kassim Nasi kandar depan GAMA... Masa tu saya masih remaja lagi..tapi Tok Wahab masa tu dak tak larat..dia buat murtabak sambil duduk..muratabak dia pun "odd shape" tak lah empat segi atau bulat. tapi rasanya luar biasa sedapnya...Saya minta resepinya..saya habaq kat dia, tok saya nak pi belajaq kat luaq negeri..7 tahun tak balik..bolehka bagi resepi?..dia bagi verbally..saya semasa diperantauaan saya cuba buat Alhamdulillah sedap tapi tak boleh celen yag dia punya...Anyway sekarang ni kalau naka makan murtabak kena balik Penang pi sg Pinang (Mubarak) tapi timing buka kedai dengan timing saya keluar masuk Penang selalu clash jadi jarang merasa.. kelmarin ternampak stor sdra Shamsul terpampang Murtabak Ghaffur penang.teruih saya U-Turn nak mai periksa betoi ka murtabak ghaffur..Alhamdulillah semalam beli..hari ni pun beli...Memang Sedap...MURTABAK GHAFFUR-LEGEND kembali lagi ...di Kuala Lumpur..Selamat mencuba

Dr Ghouse Noor
Cucu Pakwanteh pelamin

*******************************************************************************

Tkasih Dr, terharu dgn comment Dr. Kami di Murtabak Ghaffur insyaallah akan terus mengekalkan kenikmatan lagenda Brand Name dlm dunia murtabak "Ghaffur'. Comment Dr akan terus membakar semangat kami utk terus maju...thx again:)

Ikhlas
Atika

Sunday, June 24, 2012

Murtabak AGhaffur Frozen....Packaging Baru serta Komposisi Makanan dari MARDI

Bismillah... Assalamualaikum wbt.... Alhamdulillah syukur dengan nikmat dan rahmat dari Nya....

As salam semua. 

Kepada yang menggemari Murtabak AGhaffur Frozen, kini, anda bole hubungi kami untuk mendapatkan frozen murtabak berserta packaging baru.

Pada 18hb Jun yg lalu, kami telah mendapat keputusan dari Makmal Kimia Makanan MARDI, utk semua jenis murtabak AGhaffur iaitu kambing, daging & ayam. Maklumat Pemakanan / Nutrition Information ini telah kami include didalam pacakging baru Murtabak AGhaffur frozen....packaging mempunyai warna yg berbeza mengikut jenis murtabak. Ini dapat mengelakkan kekeliruan pada jenis Murtabak AGhaffur:)

Packaging baru ini juga dirasakan agak menarik dan kemas, di mana, maklumat bagi cara memanaskan Murtabak AGhaffur, kandungan Murtabak AGhaffur ( & acar ye) dan juga serba sedikit mengenai sejarah AGhaffur disertakan....  

Untuk sebarang penghantaran Hot Hot Delivery atau frozen, sila hubungi hotline 019 3555 818. 

Sekian, salam.

Atika

AGhaffur Murtabak "Now on Wheel"......setelah 3 bln beroperasi

Bismillah... Assalamualaikum wbt.... Alhamdulillah syukur dengan nikmat dan rahmat dari Nya....

As salam semua, rasanya belum lambat lagi saya mengambil kesempatan utk mengucapkan selamat menyambut kedatangan bulan Syaaban, dah 3 hari kita berada di bulan Syaaban. Saya masih belum dapat berpuasa di bulan mulia ini, walaubagaimanapun, Shamsul dah berjaya berpuasa pada 1 Syaaban yg lepas, hari Khamis yg lalu....insyaallah, saya berharap sgt, saya dpt berpuasa pada 13-15 Syaaban insyaallah:)

Kami di AGhaffur mengucapkan ribuan terima kasih kpd semua pelanggan.....atas semua sokongan anda.

Buat masa ini, kami di AGhaffur Murtabak sedang sibuk mengejar masa bagi membuka sebuah lagi cawangan kami, tetapi kali ini, bukan gerai, tetapi, lori bergerak yg kami panggil 'Now on Wheel'. Ini lah saat yg paling kami impikan, mempunyai sebuah mobil yg bergerak, menghasilkan makanan terbaik terus kepada pelanggan Murtabak AGhaffur....lorry ini sepatut ye dijangka kan siap minggu ini, tetapi oleh krn sebab2 yg tidak dpt dielakkan, ianya hanya boleh keluar dari bengkel pada Jumaat akan dtg 29 Jun. (30hb Jun nie dah genap usia 3 bln usia Murtabak AGhaffur in KL)....segala yg berlaku, lewat atau awal ye sesuatu, saya percaya ada hikmah disebalik nya...hanya Allah sahaja yg mengetahui ye...

Untuk Murtabak AGhaffur 'Now on Wheel' ini, working hours ye agak berlainan dgn gerai. Murtabak AGhaffur 'Now on Wheel' akan memulakan perniagaan seawal 11am hingga 9pm, dan akan berada di 4 lokasi yang berbeza pada setiap minggu.....kami akan maklumkan kpd semua pelanggan berkenaan jadual dan waktu operasi nanti, insyaallah.

Seperti yang kami lakukan untuk gerai pertama kami, Murtabak AGhaffur 'Now on Wheel' juga akan menjemput semua saudara mara/sahabat handai/rakan rakan utk majlis doa selamat & pembukaan rasmi Murtabak AGhaffur 'Now on Wheel' ini. Kami juga akan wawarkan tarikh dan waktu majlis makan2 ini....insyaallah:) yg pasti ye sebelum 15 Syaaban....

Semoga kami akan terus dapat memberikan yang terbaik kepada Murtabak Lovers...Murtabak AGhaffur #1 in Penang since 1923....jumpa lagi...

Salam,
Atika




 

 

Wednesday, June 6, 2012

Murtabak AGhaffur Sudah 2 Bulan (Bln -3) Beroperasi di KL

Bismillah... Assalamualaikum wbt.... Alhamdulillah syukur dengan nikmat dan rahmat dari Nya....

Pejam celik pejam celik...Murtabak AGhaffur dah masuk 2 bulan penuh (bln ke-3) berniaga di KL (Wangsa Melawati 4 atau Jalan AU5D/1 Tmn Permata)...syukur kepada Allah swt.

Jika difikirkan semula, (kdg2 tu macam tak percaya) macamana dgn kuasa Allah swt, kami yg tidak pernah terlintas nak berniaga secara komersial begini dibuka kan pintu hati, diberikan kekuatan mental dan emosi untuk berniaga lagu nie...hanya mampu bermula dgn gerai di tepi jalan.....alhamdullillah...kdg2 tu rasa pelik, perasaan malu dan segala nya hilang. Digantikan oleh Allah dgn kekuatan untuk menjual, mempromosikan dan memperbesarkan murtabak terbaik dari Pulau Mutiara ini...lagenda Ghaffur....dan seterus nye memendam perasaan nak jadi Jutawan...Hartawan...Dermawan....hihihihihihi:) insyaallah....jika diizinkan Allah, hingga dpt kami merealisasikan impian untuk menubuhkan suatu hari nnt..."AGhaffur Foundation"...

Pernah seorg pakcik dtg ke gerai Shamsul, sambil sembang2 dia bertanya, dulu Sham keje ape? (agak nye dia pelik macamana Shamsul bole buka gerai di tepi jln, agak nye mungkin Shamsul nie operator pengeluaran je....). Shamsul hanya menjawab, saya Sen. Engineer kat comp lama (company tutup operasi d Msia). ...dia terus kata "Bagus, tahniah Shamsul"....walaupun dah keje selesa, bole start biz kecil2 lagu nie...;)...kelakau...

Tidak terucap kpd semua penyokong/peminat Murtabak AGhaffur yg tidak jemu2 dtg membeli, saudara mara (jauh dekat) yg dtg memberi sokongan, rakan sahabat handai yg sudi dtg dan promosikan Murtabak AGhaffur. Tidak kurang hebat sambutan di pejabat2, yang sentiasa 'mengorder' Murtabak AGhaffur panas2....:)

Untuk fasa kedua perniagaan ini, kami di Murtabak AGhaffur telah membeli sebuah motor 2nd hand untuk memudahkan kami melopori segment perniagaan "Delivery" ke pejabat2 bagi sebarang majlis atau sbg makanan minum ptg di pejabat....n we named this biz as "Hot Hot Delivery"....Jadi, kpd yg berminat, boleh la hubungi kami di 019 3555 818 untuk khidmat penghantaran.....(ade motor senang sikit nak cilok kat dlm KL nie...kalu pakai Viva, rasa nak terberak terkencing kalau 'terstuck' dlm jam kat KL nie....)

Kpd rakan2 dan saudara mara yg mana gambar mrk x dpt lg di-upload (lupa nak ambil gambar), saya memohon maaf...sesungguhnya, wajah dan sokongan anda sentiasa berada di lubuk hati kami yg paling daaaaaalammmmm...... i alwiz believed and like this quote that says....'If someone can’t accept you at your worst, they don’t deserve you at your best!'.....so kesimpulan nye, u guys deserved us at our BEST!!!, insyaallah:)

Kami sentiasa berdoa agar kami sentiasa diberikan kesihatan terbaik, dapat menyediakan murtabak dgn kualiti yg terbaik, perniagaan ini dpt berkembang maju, berkat, dan berjaya diterima semua masyarakat....doa kan kami juga.....

Sekian dulu...jumpa lg di lain hari...Jaga diri....selamat berpuasa di bulan Rejab...

Assalamualaikum....
Atika