Bismillah... Assalamualaikum wbt.... Alhamdulillah syukur dengan nikmat dan rahmat dari Nya....
As salam semua, rasanya belum lambat lagi saya mengambil kesempatan utk mengucapkan selamat menyambut kedatangan bulan Syaaban, dah 3 hari kita berada di bulan Syaaban. Saya masih belum dapat berpuasa di bulan mulia ini, walaubagaimanapun, Shamsul dah berjaya berpuasa pada 1 Syaaban yg lepas, hari Khamis yg lalu....insyaallah, saya berharap sgt, saya dpt berpuasa pada 13-15 Syaaban insyaallah:)
Kami di AGhaffur mengucapkan ribuan terima kasih kpd semua pelanggan.....atas semua sokongan anda.
Buat masa ini, kami di AGhaffur Murtabak sedang sibuk mengejar masa bagi membuka sebuah lagi cawangan kami, tetapi kali ini, bukan gerai, tetapi, lori bergerak yg kami panggil 'Now on Wheel'. Ini lah saat yg paling kami impikan, mempunyai sebuah mobil yg bergerak, menghasilkan makanan terbaik terus kepada pelanggan Murtabak AGhaffur....lorry ini sepatut ye dijangka kan siap minggu ini, tetapi oleh krn sebab2 yg tidak dpt dielakkan, ianya hanya boleh keluar dari bengkel pada Jumaat akan dtg 29 Jun. (30hb Jun nie dah genap usia 3 bln usia Murtabak AGhaffur in KL)....segala yg berlaku, lewat atau awal ye sesuatu, saya percaya ada hikmah disebalik nya...hanya Allah sahaja yg mengetahui ye...
Untuk Murtabak AGhaffur 'Now on Wheel' ini, working hours ye agak berlainan dgn gerai. Murtabak AGhaffur 'Now on Wheel' akan memulakan perniagaan seawal 11am hingga 9pm, dan akan berada di 4 lokasi yang berbeza pada setiap minggu.....kami akan maklumkan kpd semua pelanggan berkenaan jadual dan waktu operasi nanti, insyaallah.
Seperti yang kami lakukan untuk gerai pertama kami, Murtabak AGhaffur 'Now on Wheel' juga akan menjemput semua saudara mara/sahabat handai/rakan rakan utk majlis doa selamat & pembukaan rasmi Murtabak AGhaffur 'Now on Wheel' ini. Kami juga akan wawarkan tarikh dan waktu majlis makan2 ini....insyaallah:) yg pasti ye sebelum 15 Syaaban....
Semoga kami akan terus dapat memberikan yang terbaik kepada Murtabak Lovers...Murtabak AGhaffur #1 in Penang since 1923....jumpa lagi...
Salam,
Atika
No comments:
Post a Comment