Thursday, July 19, 2012

Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak 1433H

Bismillah.... Assalamualaikum wbt.... Alhamdulillah syukur di atas nikmat & rahmat dari NYA...

Kepada semua pelanggan Murtabak A.Ghaffur, kami dari A.Ghaffur Murtabak mengucapkan selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak yg penuh keberkatan & kemuliaan.

Bulan untuk kita semua beramal... yg wajib sudah tentu kena jaga tetapi yg sunat kita perbanyakkan... pahala digandakan di bulan Ramadhan... apa2 pun keredhaan Allah yg kita kejar.... semoga semua diberkati olehNya...

Kami di A.Ghaffur Murtabak menyediakan 'platform' utk semua pelanggan Murtabak A.Ghaffur menambahkan amal kebajikan anda dengan bersedekah dan memberi orang yg berpuasa berbuka dengan juadah 'Murtabak A.Ghaffur'..... kami menyediakan pakej RM2.50 utk setiap order minimum 50pcs dengan 'size special juga' agar semua dapat beramal di bulan yg amat mulia ini....

Contact saya, Shamsul @ Mamu Sham - 0193555818 untuk tempahan.... kami menyediakan khidmat delivery di sekitar KL jika memerlukan bantuan penghantaran.... insyaallah akan kami hantar ke destinasi anda...

Thursday, June 28, 2012

Wajib Try Menu Baru Kami....Kambing Special RM10...paling sedap!!!

Bismillah... Assalamualaikum wbt.... Alhamdulillah syukur dengan nikmat dan rahmat dari Nya....

As salam semua. 

Pada hari Selasa lepas, 25hb Jun, kami di Murtabak AGhaffur telah menambah 1 lagi menu bagi mempelbagaikan lagi pilihan anda semua....

Kami telah memperkenalkan Murtabak AGhaffur Kambing Special yg berharga RM10. "Amat sedap.... macam nak menangis sedap ye, kata seorg dari pelanggan kami!!.... Hari ini dan semalam sahaja, kami hanya menyediakan 30 keping kambing special setiap hari, dan dah 2 hari, adunan ye tidak mencukupi....
 
Kpd yg belum menikmati kenikmatan kambing Murtabak AGhaffur Special, sila order...019 3555 818 atau dtg ke gerai kami. Tapi saya nasihatkan anda yg berkeinginan supaya telefon dulu, sbb untuk memasak kambing special nie mengambil masa agak 10 minit utk 1 kpg....oleh itu, bole order dulu sebelum dtg.
 
Ok. Sekian dulu.
 
Salam:)
 
Atika

Hot Hot Delivery Semakin Mendapat Sambutan....

Bismillah... Assalamualaikum wbt.... Alhamdulillah syukur dengan nikmat dan rahmat dari Nya....

As salam semua. 

Syukur sentiasa dgn limpahan rezki dari Nya....kami amat terharu dgn response dari semua 'Murtabak Lovers' bila Hot Hot Delivery flyers disebarkan melalui email di pejabat2....

Saya berterima kasih kepada semua sahabat handai yg telah membantu kami untuk forward kan flyers 'Hot Hot Delivery' Murtabak AGhaffur kepada semua kenalan masing2. Tak sangka kuasa email nie amat besar....dari 1 email jadi 10 email dari 10 email jadi 100 email...begitu la kuasa dunia cyber..fantastic!! syukur kita dpt leverage dari kecanggihan teknologi ini.

Saya terus berharap pasaran utk segment 'Hot Hot Delivery' Murtabak AGhaffur terus mendapat sambutan hangat. Semlm sahaja,10 tempat/pejabat Shamsul dan Yassir (adik saya) berkejaran untuk buat delivery. Syukur alhamdullillah....dan tadi juga lebih kurang 10 tempat/pejabat, dan esok dan seterus nye. Bukan ape, kadang2 kita di office nie malas nak keluar cari makanan, especially pejabat2 yg jauh dari kwsn gerai/food court. Senang sikit if kita boleh just call dan ada org buat delivery...:).
 
Kepada yg telah membantu untuk mempromosikan Hot Hot Delivery Murtabak AGhaffur, saya dahului dgn ucapan jutaan terima kasih. Kami tidak dpt membalas jasa baik anda semua, hanya Allah shj yg dpt membalas ye, insyaallah:) Amin..
 
Ok. Salam...
 
Atika
 
Note: Shamsul kebelakangan ini tidak dpt menulis, walaupun minat ye adalah menulis....mungkin krn beliau terlalu penat....jumpa lg, insyaallah.
 


Wow!!! Murtabak AGhaffur - Brand Name dlm dunia Murtabak!...kata Dr Ghouse Noor:)

 Bismillah... Assalamualaikum wbt.... Alhamdulillah syukur dengan nikmat dan rahmat dari Nya....

As salam semua. 
 
Saya terbaca comment dari seorang customer yg dihormati, Tuan Dr Ghouse. Terharu bila dia menyebut yg Murtabak Ghaffur is a brand name for Murtabak. Betapa bangga ye kami di Murtabak Ghaffur......tkasih Dr:)
 
Sebagai anak kelahiran KL, saya memang sebenarye tak pernah mendengar nama Ghaffur Murtabak nie, sehinggalah berkahwin dgn Shamsul dan baru la dpt tahu sedikit sebyk mengenai sejarah murtabak nie. Walaupun saya tidak pernah menggemari akan murtabak ini bila arwah Atok Wahab berniaga di Simpang Enam berhadapan dgn Craven A & Gamma (waktu tu belum kahwin ngan shamsul) tetapi, disebab kan ayah dan ibu saya rupanye penggemar murtabak Atok Wahab, maka, Shamsul telah membawa bakal bapa mertua beliau pd amsa itu ke gerai/kedai atok Wahab utk mkn murtabak.......terkenang kisah silam....:)
 
Di sini saya ingin berkongsi cerita Dr Ghouse dgn semua. Dibwh adalah keratan catatan beliau di blog kami:)
*********************************************************************************
Terima kasih kerana memasukkan nama saya kedalam blog tuan, Ya Alhamdulillah, kira2 45 tahun lepas, saya pernah makan murtabak Ghafur Bertam Lane bersama datuk saya yang juga sahabat kepada Arwah Ghaffur. Waktu itu masih ada Ghani Beriani yang popular dan ice cream on top of the world yang famous tu..Tapi kalau murtabak tak boleh nak lawan Ghaffur Murtabak "brand Name" dalam dunia murtabak.lepas tu saya makan murtabak yang dibuat oleh Mamu Tahir (fakta nama saya confuse betoi tapi tadi adra Shamsul dah betulkan sedikit kekeliruan nama orang2 ama ni)di Bertam lane sebelum saya berjumpa dengan Tok Wahab di simpang enam sebelah kassim Nasi kandar depan GAMA... Masa tu saya masih remaja lagi..tapi Tok Wahab masa tu dak tak larat..dia buat murtabak sambil duduk..muratabak dia pun "odd shape" tak lah empat segi atau bulat. tapi rasanya luar biasa sedapnya...Saya minta resepinya..saya habaq kat dia, tok saya nak pi belajaq kat luaq negeri..7 tahun tak balik..bolehka bagi resepi?..dia bagi verbally..saya semasa diperantauaan saya cuba buat Alhamdulillah sedap tapi tak boleh celen yag dia punya...Anyway sekarang ni kalau naka makan murtabak kena balik Penang pi sg Pinang (Mubarak) tapi timing buka kedai dengan timing saya keluar masuk Penang selalu clash jadi jarang merasa.. kelmarin ternampak stor sdra Shamsul terpampang Murtabak Ghaffur penang.teruih saya U-Turn nak mai periksa betoi ka murtabak ghaffur..Alhamdulillah semalam beli..hari ni pun beli...Memang Sedap...MURTABAK GHAFFUR-LEGEND kembali lagi ...di Kuala Lumpur..Selamat mencuba

Dr Ghouse Noor
Cucu Pakwanteh pelamin

*******************************************************************************

Tkasih Dr, terharu dgn comment Dr. Kami di Murtabak Ghaffur insyaallah akan terus mengekalkan kenikmatan lagenda Brand Name dlm dunia murtabak "Ghaffur'. Comment Dr akan terus membakar semangat kami utk terus maju...thx again:)

Ikhlas
Atika

Sunday, June 24, 2012

Murtabak AGhaffur Frozen....Packaging Baru serta Komposisi Makanan dari MARDI

Bismillah... Assalamualaikum wbt.... Alhamdulillah syukur dengan nikmat dan rahmat dari Nya....

As salam semua. 

Kepada yang menggemari Murtabak AGhaffur Frozen, kini, anda bole hubungi kami untuk mendapatkan frozen murtabak berserta packaging baru.

Pada 18hb Jun yg lalu, kami telah mendapat keputusan dari Makmal Kimia Makanan MARDI, utk semua jenis murtabak AGhaffur iaitu kambing, daging & ayam. Maklumat Pemakanan / Nutrition Information ini telah kami include didalam pacakging baru Murtabak AGhaffur frozen....packaging mempunyai warna yg berbeza mengikut jenis murtabak. Ini dapat mengelakkan kekeliruan pada jenis Murtabak AGhaffur:)

Packaging baru ini juga dirasakan agak menarik dan kemas, di mana, maklumat bagi cara memanaskan Murtabak AGhaffur, kandungan Murtabak AGhaffur ( & acar ye) dan juga serba sedikit mengenai sejarah AGhaffur disertakan....  

Untuk sebarang penghantaran Hot Hot Delivery atau frozen, sila hubungi hotline 019 3555 818. 

Sekian, salam.

Atika

AGhaffur Murtabak "Now on Wheel"......setelah 3 bln beroperasi

Bismillah... Assalamualaikum wbt.... Alhamdulillah syukur dengan nikmat dan rahmat dari Nya....

As salam semua, rasanya belum lambat lagi saya mengambil kesempatan utk mengucapkan selamat menyambut kedatangan bulan Syaaban, dah 3 hari kita berada di bulan Syaaban. Saya masih belum dapat berpuasa di bulan mulia ini, walaubagaimanapun, Shamsul dah berjaya berpuasa pada 1 Syaaban yg lepas, hari Khamis yg lalu....insyaallah, saya berharap sgt, saya dpt berpuasa pada 13-15 Syaaban insyaallah:)

Kami di AGhaffur mengucapkan ribuan terima kasih kpd semua pelanggan.....atas semua sokongan anda.

Buat masa ini, kami di AGhaffur Murtabak sedang sibuk mengejar masa bagi membuka sebuah lagi cawangan kami, tetapi kali ini, bukan gerai, tetapi, lori bergerak yg kami panggil 'Now on Wheel'. Ini lah saat yg paling kami impikan, mempunyai sebuah mobil yg bergerak, menghasilkan makanan terbaik terus kepada pelanggan Murtabak AGhaffur....lorry ini sepatut ye dijangka kan siap minggu ini, tetapi oleh krn sebab2 yg tidak dpt dielakkan, ianya hanya boleh keluar dari bengkel pada Jumaat akan dtg 29 Jun. (30hb Jun nie dah genap usia 3 bln usia Murtabak AGhaffur in KL)....segala yg berlaku, lewat atau awal ye sesuatu, saya percaya ada hikmah disebalik nya...hanya Allah sahaja yg mengetahui ye...

Untuk Murtabak AGhaffur 'Now on Wheel' ini, working hours ye agak berlainan dgn gerai. Murtabak AGhaffur 'Now on Wheel' akan memulakan perniagaan seawal 11am hingga 9pm, dan akan berada di 4 lokasi yang berbeza pada setiap minggu.....kami akan maklumkan kpd semua pelanggan berkenaan jadual dan waktu operasi nanti, insyaallah.

Seperti yang kami lakukan untuk gerai pertama kami, Murtabak AGhaffur 'Now on Wheel' juga akan menjemput semua saudara mara/sahabat handai/rakan rakan utk majlis doa selamat & pembukaan rasmi Murtabak AGhaffur 'Now on Wheel' ini. Kami juga akan wawarkan tarikh dan waktu majlis makan2 ini....insyaallah:) yg pasti ye sebelum 15 Syaaban....

Semoga kami akan terus dapat memberikan yang terbaik kepada Murtabak Lovers...Murtabak AGhaffur #1 in Penang since 1923....jumpa lagi...

Salam,
Atika




 

 

Wednesday, June 6, 2012

Murtabak AGhaffur Sudah 2 Bulan (Bln -3) Beroperasi di KL

Bismillah... Assalamualaikum wbt.... Alhamdulillah syukur dengan nikmat dan rahmat dari Nya....

Pejam celik pejam celik...Murtabak AGhaffur dah masuk 2 bulan penuh (bln ke-3) berniaga di KL (Wangsa Melawati 4 atau Jalan AU5D/1 Tmn Permata)...syukur kepada Allah swt.

Jika difikirkan semula, (kdg2 tu macam tak percaya) macamana dgn kuasa Allah swt, kami yg tidak pernah terlintas nak berniaga secara komersial begini dibuka kan pintu hati, diberikan kekuatan mental dan emosi untuk berniaga lagu nie...hanya mampu bermula dgn gerai di tepi jalan.....alhamdullillah...kdg2 tu rasa pelik, perasaan malu dan segala nya hilang. Digantikan oleh Allah dgn kekuatan untuk menjual, mempromosikan dan memperbesarkan murtabak terbaik dari Pulau Mutiara ini...lagenda Ghaffur....dan seterus nye memendam perasaan nak jadi Jutawan...Hartawan...Dermawan....hihihihihihi:) insyaallah....jika diizinkan Allah, hingga dpt kami merealisasikan impian untuk menubuhkan suatu hari nnt..."AGhaffur Foundation"...

Pernah seorg pakcik dtg ke gerai Shamsul, sambil sembang2 dia bertanya, dulu Sham keje ape? (agak nye dia pelik macamana Shamsul bole buka gerai di tepi jln, agak nye mungkin Shamsul nie operator pengeluaran je....). Shamsul hanya menjawab, saya Sen. Engineer kat comp lama (company tutup operasi d Msia). ...dia terus kata "Bagus, tahniah Shamsul"....walaupun dah keje selesa, bole start biz kecil2 lagu nie...;)...kelakau...

Tidak terucap kpd semua penyokong/peminat Murtabak AGhaffur yg tidak jemu2 dtg membeli, saudara mara (jauh dekat) yg dtg memberi sokongan, rakan sahabat handai yg sudi dtg dan promosikan Murtabak AGhaffur. Tidak kurang hebat sambutan di pejabat2, yang sentiasa 'mengorder' Murtabak AGhaffur panas2....:)

Untuk fasa kedua perniagaan ini, kami di Murtabak AGhaffur telah membeli sebuah motor 2nd hand untuk memudahkan kami melopori segment perniagaan "Delivery" ke pejabat2 bagi sebarang majlis atau sbg makanan minum ptg di pejabat....n we named this biz as "Hot Hot Delivery"....Jadi, kpd yg berminat, boleh la hubungi kami di 019 3555 818 untuk khidmat penghantaran.....(ade motor senang sikit nak cilok kat dlm KL nie...kalu pakai Viva, rasa nak terberak terkencing kalau 'terstuck' dlm jam kat KL nie....)

Kpd rakan2 dan saudara mara yg mana gambar mrk x dpt lg di-upload (lupa nak ambil gambar), saya memohon maaf...sesungguhnya, wajah dan sokongan anda sentiasa berada di lubuk hati kami yg paling daaaaaalammmmm...... i alwiz believed and like this quote that says....'If someone can’t accept you at your worst, they don’t deserve you at your best!'.....so kesimpulan nye, u guys deserved us at our BEST!!!, insyaallah:)

Kami sentiasa berdoa agar kami sentiasa diberikan kesihatan terbaik, dapat menyediakan murtabak dgn kualiti yg terbaik, perniagaan ini dpt berkembang maju, berkat, dan berjaya diterima semua masyarakat....doa kan kami juga.....

Sekian dulu...jumpa lg di lain hari...Jaga diri....selamat berpuasa di bulan Rejab...

Assalamualaikum....
Atika





Monday, May 28, 2012

Surah Yassin, Surah Al-Mulk, Surah Waqiah, Surah Al-Baqarah semasa penyediaan inti Murtabak A.Ghaffur

Bismillah... Assalamualaikum wbt... Alhamdulillah syukur dengan nikmat dan rahmat yg DIA telah berikan....

Kebiasaannya saya akan perdengarkan 3x Surah Yassin dalam semasa saya menyediakan inti Murtabak A.Ghaffur.... dimulakan dengan Al-Fatihah 1x.... diikuti dengan Surah Yassin, Surah Waqiah, Surah Al-Mulk, serta Surah AL-Baqarah (jika bateri masih OK)....

Saya juga perdengarkan Surah Dhuha, As-Syam sebab masa penyediaan adalah di waktu pagi.... saya juga perdengarkan Surah Ghashiyah sebab ia surah utk kita dipermudahkan semasa menghadapi sakaratul maut... wallahualam...

Semoga semua beroleh berkat dengan penyediaan inti murtabak A.Ghaffur yg penuh dengan ayat2 al-quran dan zikir.... saya mencuba utk buat yg terbaik kepada semua pelanggan Murtabak A.Ghaffur

Pelanggan 1st time WAJIB try Special @ Original A.Ghaffur Murtabak

Bismillah.... Assalamualaikum wbt..... Alhamduillah syukur kepada NYA dengan nikmat & rahmat yg DIA berikan kepada kita (tak semua dapat apa yg kita miliki)......

Just nak bagitahu kepada mereka yg 1st time nak rasa Murtabak A.Ghaffur WAJIB untuk mereka order Special Daging or Ayam (tetapi daginglah yg utama) kerana "method" utk special adalah lebih original dan rasanya lebih original dengan A.Ghaffur Murtabak.... kepada yg belum try special daging Murtabak A.Ghaffur maka anda WAJIB mencuba satu special daging...

Saya suruh cuba bukanlah disebabkan saya akan untung lebih (sebab special dijual pada harga RM7) tetapi lebih kepada promotion "Rasailah Nikmat Murtabak Sebenar A.Ghaffur"... ianya lebih kepada original resepi A.Ghaffur kerana method final penyediaan Murtabak A.Ghaffur adalah tidak sama.... kalau special, kami tidak tambah bawang cincang lagi berbanding normal (RM3.50) Murtabak A.Ghaffur... jadi rasa "bawang" sudah tiada langsung dalam Murtabak A.Ghaffur yg special..... anak2 anda mahupun anda akan lebih suka original rasanya Murtabak A.Ghaffur..... especially mereka yg tak suka bau bawang... anda mesti cuba tau....

Penyediaan Special Murtabak A.Ghaffur agak lama sedikit berbanding dengan standard.... jadi kalau b oleh, phone dulu sebelum datang... insyaallah kami dapat arrange (minimize) masa menunggu anda.... call 019-3555818 utk order... insyaallah akan dapat bagi service terbaik jika tahu lebih awal.... not guarantee boleh terus dapat bila sampai tetapi boleh kurangkan masa menunggu.....

Sunday, May 27, 2012

G-bam (Zamani) kata Murtabak A.Ghaffur yg frozen amat "lazat" & "menyelerakan"

Bismillah... Assalamualaikum wbt... Alhamdulillah syukur dengan nikmat dan rahmat dari Nya...

Hari nie tak sangka pulak seorang kawan (pelanggan baru Murtabak A.Ghaffur) memberi komen A+ tentang Murtabak A.Ghaffur... dia kata Murtabak A.Ghaffur yg frozen sebagai "terbaik" dan mungkin lebih "best" daripada yg panas punya...

Actually memang betul komen beliau... kepada yg telah lama menjadi penggemar Murtabak A.Ghaffur memang mengakui akan kebenaran komen G-Bam.... memang best and sedap sebab bila kena shj "minyak panas" terus bangkit aromanya dan rasanya pun "lain macam betoi".... kalau yg mengantuk terus terjagalah.... ahaks...

Kalau anda tidak rasa murtabak A.Ghaffur yg frozen maka cepat2lah rasa... beli yg panas and masuk freezer pun boleh jugak... simpan "sos bawang" dalam freezer jugak... memang ngam.... insyaallah.... 

Murtabak Frozen mula mendapat sambutan... alhamdulillah

Bismillah.... Assalamualaikum wbt... Alhamdulillah syukur dengan nikmat & rahmat dari Nya....

Hari nie saya bawa banyak stok frozen murtabak ke gerai.... alhamdulillah banyak juga frozen murtabak A.Ghaffur yg terjual.. almost 10set terjual (RM10 * 10set = RM100)... nak kena continue buat macam ini sebab sebelum ini hampir semua frozen Murtabak A.Ghaffur dijual di office-office....

Kepada sesiapa yg berminat dengan Murtabak A.Ghaffur bolehlah membuat tempahan (call 019-355518) or datang terus ke gerai kami di Wangsa Melawati 4..... 

Selamat Menyambut Bulan Rejab

Bismillah... Assalamualaikum wbt.... Alhamdulillah syukur dengan nikmat dan rahmat dari Nya....

Sebenarnya saya "pernah" posting article ini tetapi entah macamana network errror terus hilang.... saya mengambil kesempatan ini utk mengucapkan "Selamat Menyambut Bulan Rejab" yg pernuh barakah ini... bulan utk kita sama2 memulakan atau membuat preparation utk menyambut Ramadhan al Mubarak... bulan utk kita mula berpuasa dan bersolat malam.... bulan utk kita belajar bagi "extra" effor utk amal ibadat kita.... bulan yg selalunya orang Islam berpuasa sunat.....

Saya berpuasa pada 1 Rejab 1433.... perghhhh... Allah swt shj yg tahu macamana 1st time berpuasa dengan kerja memasak sebelah pagi  & kerja menjual di sebelah petang.... memang satu dugaan buat aku.... kalau dulu memang senang sangat sebab duduk office... sedar2 dah nak masuk Maghrib... tetapi berpuasa cara begini pun tak terasa jugak... of course terasa dahaga tetapi Allah swt memberi perlindungan NYA utk hamba2Nya....

Dalam diam2 dah nak masuk 2nd week of Rejab.... kalau yg rajin, sudah pasti lebih drpd 3hari mereka berpuasa sunat... kalau yg kurang rajin siki maka dah 2 hari mereka berpuasa sunat... yg malas macam saya sudah pasti dah dapat 1hari di bulan Rejab... amin dengan rezeki & hidayah dari Nya.... kalau boleh minggu nie nak dapatkan 2 hari lagi..... insyaallah....

Mamu Adam from Segambut... really peminat A.Ghaffur Murtabak sejak Moyang saya A.Ghaffur yg buat

Bismillah... Assalamualaikum wbt.... Alhamdulillah syukur dengan nikmat dan rahmat dari Nya....

Tak sangka hari nie saya berjumpa dengan seorang lagi pelanggan yg telah bersama dengan Murtabak A.Ghaffur sejak moyang saya (A.Ghaffur) membuat murtabak di Pulau Pinang... masa itu beliau masih lagi remaja (budak sekolah).... beliau tanya umur saya berapa dan katanya pasti saya tak pernah jumpa "Tok Ghaffur".... saya jawab, "ya" sebab saya baru berumur 40tahun....

Kesian Mamu Adam yg terpaksa tunggu lama sebab beliau order special 8biji.... maklumlah special = original Ghaffur....kebetulan Mamu Adam datang serentak dengan Haniff from Penang & Ismadi from Spansion... semuanya nak rasa original Murtabak A.Ghaffur.... perghhhh... memang "kantoi" bila terima order "special" sebab process dia slow sikit (lama nak prepare)..... tapi worth menunggu.... ahaks....

Mamu Adam ambil special 8biji (RM56) + biasa 4 biji (RM13.50)... thanks kerana support yg diberikan.. of course saya bagi special diskaun kepada mereka yg datang 1st time (kenalah introduce and chat sikit2)... insyaallah saya bagi diskaun.... utk keturunan A.Ghaffur... agar roh mereka dicucuri rahmat berkat usaha mereka (legacy A.Ghaffur) kepada anak cucu mereka.... insyaallah akan terus memberi sedekah kpd semua customer Murtabak A.Ghaffur serta kejiranan yg memerlukan....

Ismadi & family singgah lepas makan kenduri di Cheras

Bismillah... Assalamualaikum wbt.... Alhamdulillah syukur dengan nikmat dan rahmat dari Nya....

Tak sangka pulak Ismadi yang sampai dulu (sebenarnya gang2 yg kerja kat Hulu Kelang sepatutnya dah lama sampai sebab dekat sangat dengan tempat kerja dia orang.... hehehehheheeh).... Dia kata dia akan bawa kawan2 lain utk rasa Murtabak A.Ghaffur.... jemput datang semua...

Aku nak belanja beliau sekeluarga makan "special daging" Murtabak A.Ghaffur tetapi disebabkan mereka semua dah "full" maka terpaksalah "tapau" shj.... Sorry to Madi sebab terpaksa tunggu lama... maklum busy sangat waktu tuuuuu....

Aku harap Ismadi & family tak serik utk datang ke gerai aku utk makan lagi Murtabak A.Ghaffur yang sememangnya mempunyai rasa "murtabak sebenar"....   

Hanip & family sampai dari Penang for 2nd time

Bismillah... Assalamualaikum wbt.... Alhamdulillah syukur dengan nikmat dan rahmat dari Nya....

Hanip & family memang buat serbuan betoi... terkejut aku tengok dia kat belakang aku... macam aku dok berniaga di Pulau Pinang pulak.... hahahhahaha...

Dengan "ketagih" Murtabak A.Ghaffur membuatkan aku teruja utk menyediakan "special" Murtabak A.Ghaffur utk beliau... tetapi hari nie dia kena tunggu lama sebab long queue and bagi chance kat customer lain (especially to Mamu Adam from Segambut)....

Hanip "balas" frozen sampai RM40.... Special RM28... Biasa pulak RM20.... Total RM88.... Cina kata number "ong" nie.... hahahhahaha...

Aku hanya mampu ucapkan terima kasih di atas sokongan kawan2 dan kesudian utk support kawan2 berniaga....  Thanks Hanip & Ezzah & family..... semoga panjang umur & murah rezeki.....

26th May - A.Ghaffur 1st time live cooking in KL (Kelana Jaya)

Bismillah... Assalamualaikum wbt... Alhamdulillah syukur dengan nikmat dan rahmat dari Nya..

Apa yg mampu dikatakan selain drpd kalimah "Alhamdulillah" syukur dengan nikmat dan rahmat dari Nya serta ucapan terima kasih kpd Ari Catering yg menjemput kami (A.Ghaffur Murtabak) ke Majlis Akad Nikah di Kelana Jaya.

Ini adalah kali pertama Murtabak A.Ghaffur membuat live cooking di KL (majlis akad nikah)... suatu pengalaman yg amat menarik kerana mendapat support daripada Ari Catering sepenuhnya.... disamping tetamu yg ramai dan feedback yg amat2 baik.... teruja kami utk mendapat undangan lagi.... meskipun banyak kerja tetapi kepuasan jelas ketara.... cuma nak kena jaga solat kerana masa majlis drpd zohor hingga ke maghrib.... zohor sebab kami kena datang awal dan maghrib sebab tetamu tak putus2 datang....

Semoga semua berpuas hati dengan service yg diberikan oleh Murtabak A.Ghaffur... thanks sekali lagi kpd Ari Catering (service superb)....

Thursday, May 24, 2012

Syukur Alhamdullillah...Murtabak A.Ghaffur - Now on Wheel menjadi kenyataan

Bismillah... Assalamualaikum wbt.....Alhamdulillah syukur dengan nikmat & rahmat dari Nya...


Tak terkata syukur ke hadrat Allah swt, cita cita untuk memiliki lori bergerak untuk Murtabak A.Ghaffur menjadi kenyataan.....kepada yg merealisasikan impian saya dan suami, saya doakan anda dirahmati dan dilindungi Allah selalu dan hanya Dia shj yg dpt membalas segala jasa baik, sokongan dan galakan yg diberikan....(if 'U' r reading this blog, u know who U r....) my greatest gratitude goes to u.....thx a million!

Lagi membuat jiwa terasa gembira dan sayu, 'hadiah' lori bergerak sampai pada mlm hari lahir ku....its the greatest bday gift i ever had.....'hadiah' utk digunakan bagi menjana pendapatan dan semoga perniagaan ini akan terus berkembang.....

Dgn ada ye lori bergerak ini, kami yakin akan dpt membekalkan Murtabak A.Ghaffur ini panas panas di sebarang majlis dan ianya dpt membantu kami untuk reached our customer....better!....:)

Lori nie adalah lori 2nd hand, masih baik, baru 2 thn digunakan oleh pemilik asal (hubungan sedara juga). Jadi kami di Murtabak A.Ghaffur kena membuat sedikit refurbish (untuk masak di dalam nye) dan tukar sticker the whole body supaya kami dapat membuat promosi branding kami Murtabak A.Ghaffur. Mungkin akan mengambil masa dalam 2 minggu, dan kemudian ianya akan mula beroperasi di sekitar Jln TAR....

Sampai di sini dulu buat kali ini......

Wasallam.

-Atika-

Wednesday, May 9, 2012

Kunjungan Habsah Hassan (Auntie Cah) & suami serta Auntie Rubiah Suparman & suami

Bismillah... Assalamualaikum wbt.... Alhamdulillah syukur dengan nikmat & rahmat dari NYA Yang Maha Esa..

Tak sangka saya Habsah Hassan (Autie Cah) serta Auntie Rubiah Suparman serta suami masing2 sanggup singgah serta lepak2 dekat gerai Murtabak A.Ghaffur last Sunday.... tak sangka sebab Auntie Cah boleh duduk lepak dekat gerai Murtabak A.Ghaffur almost 30minutes sambil menunggu kami menyediakan Murtabak A.Ghaffur untuk beliau (tapau).....

Auntie Cah dah try Murtabak A.Ghaffur semasa beliau melawat Mak Pah & Haji Ramli.... jadi kali nie beliau intro Auntie Rubiah Suparman dengan Murtabak A.Ghaffur.... semoga mereka menyukai Murtabak A.Ghaffur dan membuat promosi untuk kami (Murtabak A.Ghaffur)....

Thanks to kedua2 Autie and Uncle.... 


Pekerja Part Time & Full Time diperlukan di Murtabak A.Ghaffur

Bismillah... Assalamualaikum wbt.....Alhamdulillah syukur dengan nikmat & rahmat dari Nya...

Kepada sesiapa yg mempunyai sahabat, sedara, kawan2 yg ingin bekerja di Murtabak A.Ghaffur sebagai pekerja am atau pun penebar roti canai boleh lah menghubungi saya, Shamsul Shah @ 019-3555818.

Kami memerlukan pekerja di kawasan Bangi (Bandar Seri Putra) & KL (Wangsa Maju, Setiawangsa & Jalan TAR)....

Jika ada pemandu lori cum cashier + kerja am amat2 di alu2kan (utk lori bergerak Murtabak A.Ghaffur)...

Wassalam

Penebar Murtabak A.Ghaffur bakal jadi tauke roti canai di Aiman Corner

Bismillah... Assalamualaikum wbt... Alhamdulillah syukur dengan nikmat & rahmat dari NYA...

Semua dijemput untuk makan percuma pada hari Jumaat nie (11 May 2012).... makan roti canai Salim yang beliau sendiri adun sejak berbelas tahun yg lalu....

Semoga beliau berjaya dengan Roti Canai Salim @ Wangsa Melawati 4.... beliau tetap jadi penebar Murtabak A.Ghaffur meskipun bergelar tauke roti canai....

Good Luck Salim... semoga rezeki anda bertambah dan perniagaan anda maju....

Penghargaan buat teman2

Bismillah, Assalamualaikum wbt, Alhamdulillah syukur dengan nikmat & rahmat dari Nya...

Setelah sebulan lebih berlalu Murtabak A.Ghaffur beroperasi, kami amat berbesar hati & mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yg telah datang memeriahkan gerai kami. Ada sesetengah yg kami ambil gambar & ada ramai juga yg terlupa ambil gambar sebab "terlupa" sangat.

Kepada Rozi & Syed, Hanif & Ezah (from Penang), Azlee & Masni, Hasmadi & Rosalin, Maria Elida & daughter, Mazlina Rasol, Siba & isteri, Hartina & suami (CIMB), Shazman & Jasmin, Zurina Johari, Sheffri, Rubiatul Adawiyah & suami, Ana & Ciput, Don & Kinah, Barbara & boyfriend, Nazha Hussain, Elia & suami, Hajjah Hamiza & suami, Haji Azhar & Hajjah Azizah, Haji  Rahim & Hajjah Ani, Zauyah & Bashir, Puteri, Abang Hilmi & isteri, Fariza Asma (Manja) & Elly, Im & isteri, Abang Aidi & isteri, Dwi & Saadiah, Azuraini & suami, Kak Nora & suami, Syidah Pak Daud, Hisham (Spansion), Ramli (Spansion), Aloy (Spansion), Ariff (Spansion).

Ada banyak gambar yg saya tak sempat nak posting... saya minta maaf banyak2... nanti saya akan post bila berpeluang.

Thanks semua.... Wassalam

1st May, Labour Day 2012 - Sahabat UiTM '96 buat serbuan

Bismillah... As-salam.... Alhamdulillah syukur dengan nikmat & rahmat dari NYA...

Terharu juga bila tengok kawan2 lama (UiTM Arau) datang buat "serbuan" ke gerai Murtabak A.Ghaffur pada Hari Pekerja yang lalu.... Terima kasih banyak2 kepada mereka yang sudi datang meluangkan masa anda yg begitu berharga semata2 utk memeriahkan gerai Murtabak A.Ghaffur.

Kepada Don &  Kinah, Kerry & wife, Ecah, Mummy Nita & Azrul, Rozie & Syed, Tini, Asrina & Mang.... memang best bila tengok kawan2 dapat lepak bersama sejak sekian lama tak berkesempatan utk bersama.. sekurang2nya perjumpaan di Murtabak A.Ghaffur dapat merapatkan persahabatan yg telah kendur..... eeemmmm....

Kalau boleh buat lah selalu sebab facility pun bagus kerana Surau Al-Kauthar pun berdekatan.... nak solat dan nak pergi toilet memang senang habis... tempat makan & minum pun selesa jugak.... Thanks to Aiman Corner yg sudi memberi ruang kepada pelanggan Murtabak A.Ghaffur..... sekurang2nya mereka dapat customer yg duduk minum2....

Thanks all... wassalam...

Tuesday, May 8, 2012

Mami Maznah & family

Bismillah... Assalamualaikum.... Alhamdulillah...

Syukur kerana mendapat support daripada peminat Murtabak A.Ghaffur.... mereka bersusah payah mencari lokasi gerai Murtabak A.Ghaffur dan alhamdulillah berjaya juga sampai dengan izin dari NYA...

Thanks to Mami Maznah & family... very sorry sebab terpaksa tunggu lama kerana tempohati agak ramai orang yg order special... semoga anda semua puas hati dengan layanan yg diberikan serta kenanga mengimbau makan Murtabak A.Ghaffur menjadi cerita suka di hujung minggu anda... thanks kerana support Murtabak A.Ghaffur dulu, kini dan selamanya...

Hujan Lebat & kenangan buat kerja sorang2

Bismillah... As-salam.... Alhamdulillah syukur dengan nikmat dan rahmat dari Nya

Kenangan minggu lepas semasa hujan lebat melanda KL amatlah menjadi kenangan kerana hari tersebut saya terpaksa run bisnes tanpa 2 pekerja yg selalu menolong saya.... anak menakan (Amirul) tak ada sebab balik kampung (sebulan cuti 2 kali) & Salim (penebar) pun tak datang sebab hujan lebat kat area Pandan.

Alhamdulillah ada mak & abah yg kebetulan datang KL utk membantu. Hujan lebat from 2pm to 5pm amat menduga sekali kerana saya baru shj membuka gerai saya.... hari tak lah nampak macam nak hujan lebat tetapi tak sangka pulak hujan sampai 3 jam & amat lebat sekali.

Hari itu saya jadi pembungkus murtabak A.Ghaffur, penebar murtabak A.Ghaffur, penghantar murtabak A.Ghaffur sebab ada order from RHB (Puan Yatie).... semuanya kena buat sendiri and Alhamdulillah berjaya buat sendiri dengan pertolongan NYA.... of course ada mak & abah yg membantu sedikit sebanyak... especially abah yg bantu potong bawang..... mak banyak jadi mandur.... heheheheh..

Semoga kenangan ini memberi kekuatan kepada Murtabak A.Ghaffur utk terus berdaya maju dan melangkah ke hadapan tanpa banyak memberi alasan  

Monday, April 30, 2012

Citer tentang Abang Ibrahim & Bro Syed

As-salam... Bismillah.... Syukur dengan rahmat & nikmat yg telah DIA berikan....

Mereka berdua mempunyai cerita yg hampir sama sebab kedua2 mereka membuat order selepas saya bagi mereka try sample Murtabak A.Ghaffur... saya memberanikan diri utk bagi bakal2 customer rasa akan kesedapan Murtabak A.Ghaffur....

Abang Ibrahim immediately called saya and place order 7biji special daging... beliau tertarik dengan kenipisan kulit murtabak A.Ghaffur.... tak tahu saya samada beliau menyukai Murtabak A.Ghaffur special sebab kenipisan kulit tidak kami serlahkan sebab kami bagi tebal the kulit... saya harap Abang Ibrahim datang balik utk cari yg nipis punya.....

Bro Syed pun mempunyai cerita yg hampir sama... beliau terus order 40biji Murtabak A.Ghaffur selepas merasai kesedapan resepi Murtabak A.Ghaffur.... semoga beliau terus kekal memberi sokongan kepada Murtabak A.Ghaffur....

Thanks to Bro Syed and Abang Ibrahim.....

Abang Bakar @ Diana / Puan Yatie (RHB)....

Thanks kepada Abang Bakar yg telah memilih murtabak A.Ghaffur sebagai buah tangan @ ole2 @ hadiah kenduri.... dalam diam2 dah 2 kali Abg Bakar buat tempahan dalam masa sebulan... saya amat2 menghargai support yg telah diberikan... thanks to akak juga + Diana yg selalu buat order...

Hari nie Puan Yatie buat kejutan (sebab semalam beliau bertanya tentang delivery) and hari nie terus come back dengan order.... memang surprise juga sebab beliau baru ajer bertanya semalam... thanks to Puan Yatie... saya harap resepi Murtabak A.Ghaffur dapat memenuhi kepuasan semua....

Amin (Sungai Pinang) & isteri (now @ Bukit Antarbangsa) datang ke stall

Assalamulaikum wbt..... Bismillah... Alhamdulillah syukur dengan rahmat & nikmat dari Nya...

Petang tadi otai from Sungai Pinang datang menjengah gerai kami semata2 mendengar nama "Ghaffur" Murtabak... syukur sangat bila ramai yg masih mengingati dan mengikuti perkembangan Murtabak Ghaffur especially Mamu Mubarak punya air tangan....

Harap Sdr Amin & isteri puas hati dengan resepi A.Ghaffur warisan Tok Wahab (sebelah Kassim Nasi Kandar)..... bawang telah kami "adjust" bagi memenuhi selera kini jika nak dibandingkan dengan "bawang Tok Wahab"...... harap bawang kami mendapat tempat di hati anda...

Kalau dah suka, janganlah lupa promote kat kawan2 yg lain... nanti saya upload gambar yg saya ambil petang tadi......

Thursday, April 26, 2012

Majlis Perkahwinan & Kenduri Kendara (Tahlil, Birthday)

Bismillah... Alhamdulillah... syukur dengan nikmat dan rahmat dari Nya....

Kepada yg nak buat stall Murtabak A.Ghaffur di majlis perkahwinan anda.... bolehlah contact kami... Kami di Murtabak A.Ghaffur sedia menyediakan pakej yg sesuai dengan majlis anda.... Kami boleh buka gerai segera (live cooking) di majlis perkahwinan atau apa2 majlis yang anda adakan... Insyaallah....

Harga boleh dirunding mengikut budget anda.... kami akan cuba utk mengikut budget anda selagi boleh.... insyaallah....


Plan untuk Frozen Murtabak A.Ghaffur

As-salam... Bismillah... Alhamdulillah....

Seperti yg kita sedia maklum... Murtabak A.Ghaffur amatlah terkenal dengan "keaslian" & "ketahanan" murtabak sehinggakan Murtabak A.Ghaffur yg disimpan berminggu2 di dalam freezer masih elok & kesedapannya makin terasa....

Semua cerita di atas tiada bukti saintifik tetapi telah turun temurun terbukti "baik" jadi kami mengambil inisiatif untuk menghantar produk kami ke MARDI agar segala rahsia tersebut dibuktikan secara saintifik.Insyaallah dalam masa terdekat saya akan menghantar produk kami ke MARDI kerana jalan telah dirintis utk menjadikan Murtabak A.Ghaffur lebih berdaya saing dan dibuktikan dengan fakta2nya... emmmmmm... Insyallah... semoga Allah swt mempermudahkan segala urusan....

Special Thanks utk mereka yg bersusah payah membantu menjual Murtabak A.Ghaffur

As-salam... Bismillah... Alhamdulillah....

Kepada kawan2 yg banyak membantu membuat promosi serta mengambil order seperti Kak Ton & Kak Ani dari Exim Bank. Ruby, Rahimah, Puteri, Kak Suhaili, Fizah, Zul dari CIMB. Ana dari Mara. Hanes dari Ace Jerneh.

Sumbangan anda semua amat2 saya hargai. Semoga Allah shj yg membalas kebaikan anda semua....

Thanks to Abg Fuad & Kak Nori serta Pak Jang & Aunt Yatie

As-salam.... Bismillah... Alhamdulillah syukur dengan nikmat & rahmat dari Nya...

Meskipun keluarga berdua ini saya tak jemput semasa opening tempohari tetapi mereka bersusah payah datang ke gerai saya bila saya bagitahu tentang "bisnes Murtabak A.Ghaffur" kepada mereka...

Saya mohon maaf sebab tak jemput dan saya ucapkan jutaan terima kasih kerana sudi memberi sokongan kepada saya sekeluarga... kami amat2 berbesar hati bila ramai yg datang menjengah kami serta memberi kata2 semangat.... Thanks....

Friday, April 20, 2012

Rupanya delivery dengan kereta amat memenatkan & tension

Assalamualaikum wbt... Bismillah....

Hari nie kena buat 2 delivery... satu kat KL town and 1 dekat AU5 D..... nak jadi cerita, masa buat delivery kat KL town, dapat order dekat AU5 D... ambil masa dekat sejam juga nak deliver meskipun AU5 D hanya 1KM daripada gerai kami...

Nak kena improve bab delivery nie... meskipun 3 biji saya tetap deliver jika dlm 1~3km radius....asalkan Allah izinkan.... kalau tak boleh maka saya akan kata tak boleh (jika staff tak ada atau terlalu sibuk sehinggakan tak mampu nak hantar)....

Ridzwan rakan jemaah Suraub Al-Kauthar datang menjengah

Assalamualaikum wbt.... Bismillah... Alhamdulillah syukur dengan nikmat dan rahmat dari Nya...

Hari nie Sdr Ridzwan singgah beli 2 keping Murtabak A.Ghaffur... beliau nak "rasa" dahulu... terima kasih di atas sokongan anda.... saya harap Murtabak A.Ghaffur dapat memenuhi citarasa anda.... thanks...

Bon and wife singgah beli Murtabak A.Ghaffur

Assalamualaikum wbt... Bismillah... Alhamdulillah syukur dengan nikmat dan rahmat dari Nya...

Kawan lama singgah beli Murtabak A.Ghaffur petang tadi.. terima kasih banyak2 sebab sudi datang beli Murtabak A.Ghaffur... kami hargai sokongan anda berdua....

Kepada kawan2 yg datang nak mencuba... mintalah special daging Murtabak A.Ghaffur and makan kat gerai depan (Aiman Corner)... or Special Ayam Murtabak A.Ghaffur... hari nie tak sempat nak lepak2 minum sebab Bon terpaksa balik utk fetch anak dia balik sekolah..... Thanks

Jumaat Cuti tau..."Murtabak A.Ghaffur"

Assalamualaikum.... Bismillah... Alhamdulillah syukur dengan nikmat dan rahmat dari NYA...

Just nak bagi tahu yg Murtabak A.Ghaffur tak beroperasi pada hari Jumaat... Kami decided not to operate on Friday meskipun kat sticker & flyer tulis hari Jumaat buka... Minta maaf banyak2 jika ia menimbulkan perasaan marah atau masalah kepada semua pelanggan Murtabak A.Ghaffur... Kami minta maaf.... Maafkan kami... Maafkan kami... Maafkan kami....

Jumpa anda hari Sabtu nie... Insyaallah.....

Thursday, April 19, 2012

Nak buka franchise Murtabak A.Ghaffur

Assalamualaikum wbt... Bismillah... Alhamdulillah syukur dengan nikmat dan rahmat dariNya.....

Nampaknya dah ada 2 orang yg interested nak buka franchise Murtabak A.Ghaffur... saya belum ready nak buka franchise lagi.... tetapi kalau ditangguh maka tak habis cerita lah nampaknya.. keputusan perlu dibuat.... win win situation laaa..... semoga Allah swt mempermudahkan segala urusan..... Wassalam...

Mon from Puchong datang Wangsa Melawati nak beli Murtabak A.Ghaffur & Mamu Izzuddin punya cerita

Assalamualaikum wbt... Bismillah.... Alhamdulillah syukur dengan nikmat dan rahmat dari Nya.....

Sdr Mon datang dengan isteri ke gerai kami di Wangsa Melawati 4 dari Puchong semata2 nak beli murtabak... terkejut jugak saya bila jawapan beliau sebegitu rupa.... sepatutnya saya offer beliau satu daging special.... tapi entah macamana semua itu tak terucap... terkejut pun ada juga... ini kes kedua sebab sebelum ini Sdr Razwil dari Salak Tinggi pun datang KL nak pekena murtabak A.Ghaffur... sekali tu dia datang sorang2.... kali kedua beliau datang dengan bapa beliau dan kali ketiga dengan kawan beliau (Abu Bakar)...

Terima kasih kepada mereka yg singgah utk mencuba murtabak A.Ghaffur.... semoga hidangan yg kami sajikan dapat memenuhi selera anda..... sesekali order lah special Ayam atau special Daging....

Kalau anda nak makan, anda boleh makan dekat Aiman Corner or Zidni Bakery.... pilih yg mana satu yg anda mahu.....

Mamu Izzuddin from Bukit Antarabangsa sempat singgah ke gerai saya selepas beliau dapat tahu akan kewujudan Murtabak A.Ghaffur di Wangsa Melawati 4.... yang peliknya.... beliau dapat tahu dari anak beliau yg kerja di CIMB (semalam kami buat promotion dekat CIMB sebelah SOGO tuuuu).... beliau sempat cerita tentang Atuk A.Ghaffur yg meniaga di Bertam Lane..... itu pun masa beliau kecik2 lagi... thanks Mamu for your support.... beliau pada pandangan saya sebaya dengan Dr.Ghouse yg saya ceritkan sebelum ini.....beliau selalu kempunan kalau nak makan di Sungai Pinang kerana Mamu Mubarak @ Nizal (anak Mamu Mubarak) tidak buka restaurant mereka pada hari Sabtu & Ahad....

Note: Hari Jumaat kami tutup bagi merehatkan badan....

Wassalam....

Wednesday, April 18, 2012

Dugaan bila penebar roti canai accident semalam

Assalamualaikum wbt... Bismillah... Alhamdulillah syukur dengan nikmat dan rahmat dari Nya....

Hari nie betul2 terima ujian.... order masuk 70biji.... nak kena siapkan sebelum 3:30pm..... sampai ke gerai lebih kurang pukul 1pm (sebelum Zohor)..... ingatkan nak atur strategi utk buat yg terbaik.... tetiba dapat sms dari penebar roti canai aku (Salim) yg beliau kemalangan semalam.... hari nie tak boleh kerja katanya.....

Mak aiiiiiii... apa dah jadi nie... macamana nak buat nie.... aku gagahkan solat Zohor tanpa memikirkan masalah aku.... aku serahkan kepada Allah swt utk tolong aku.... alhamdulillah ada seorang kawan Salim yg boleh cover tempat beliau... syukur sangat dengan pertolongan Allah swt.....

Penebar aku (Salim) mungkin tak dapat bekerja selama 3~5 hari.... tadi aku sempat melawat beliau....kecederaan kaki dan tangan tak lah parah tetapi "menyakitkan" katanya..... especially yg kat lutut...

Hari nie MD Ali datang support... alhamdulillah.... 

Peminat # 1 Murtabak

Assalamualaikum wbt... Bismillah.... Alhamdulillah syukur dengan nikmat dan rahmat dari NYA....

Rupa2nya isteri saya (Atika Mohd Ramli) memang gila murtabak betoi... patutlah dia suruh saya buat murtabak A.Ghaffur di KL.... beliau boleh makan murtabak masa sarapan, lunch and dinner.... tak jemu2 dia makan murtabak.... baru aku sedar bini aku "hantu" murtabak...

Beliau sekali beli murtabak (sebelum saya buat bisnes murtabak) adalah dalam 5biji sekali beli.... itu kira sikit lah tuuuu.... sebelum ini saya tak berapa ambil pusing tetapi bila difikirkan dan dikenangkan barulah saya senyum sendirian..... sekarang nie hari2 dia makan murtabak... tak pulak jemu2....

Hari nie sahaja beliau buat sales sebanyak 70 pcs dekat office beliau (ini yg panas2 punya)... sebelah pagi beliau bawa banyak juga frozen murtabak..... sebenarnya murtabak yg frozen lagi "kaw"..... just masukkan murtabak yg tak habis ke dalam freezer.... insyaallah akan dapat rasa yg lebih "kaw" lagi.....

Thanks to Atika yg banyak memberi support tanpa berbelah bahagi.... hanya Allah swt shj yg dapat membalas jasa baik anda....

Monday, April 16, 2012

Dr.Ghouse pernah jumpa moyang saya (A.Ghaffur)

Assalamualaikum wbt.... Bismillah.... Alhamdulillah syukur dengan nikmat dan rahmat dari NYA...

Hari nie saya bertemu seorang Dr yg pernah merasai Murtabak A.Ghaffur yg dibuat sendiri oleh moyang saya iaitu A.Ghaffur.... beliau pun masih kanak2 lagi.... kata Dr.Ghouse kepada saya.... beliau buat u-turn untuk double confirm nama A.Ghaffur Murtabak.... beliau sememangnya orang area Wangsa Melawati (beliau dari AU5 C - jemaah Surau Al Mustaqim yg popular kat area Hulu Kelang / Keramat).... Thanks kpd Dr Ghouse yg sanggup menyusahkan diri singgah ke gerai saya semata2 nama A.Ghaffur... beliau beli 6 biji utk jamu orang Sungai Pinang yg datang ke rumah beliau..... "kita bagi depa rasa Murtabak Pulau Pinang dekat KL" kata beliau secara seloroh.... hahahahhaha....

Kawan Spansion ke 3 datang menziarahi gerai saya iaitu "Aloy" yg kebetulan datang rumah kawan beliau.... terima kasih keran sudi singgah dan bawa sekali kawan awak, Sdr. Zul yg kebetulan begitu arif dengan kawasan tempat saya berniaga (maklumlah rumah mak mertua dia kat sini)...... Thanks Aloy kerana sudi beli bawa balik 3 ayam & 3 daging....  sanggup tunggu meskipun ayam agak lewat disiapkan... ":production jalan ayam shj".... kata beliau secara berjenaka.....

Ada juga new customer yg beliau agak banyak, RM30 (9 keping).... samada beli utk buat buah tangan atau pun memang gemar murtabak... thanks kpd new customer.... diharap anda menyukai rasa dan keenakkan murtabak asli Pulau Pinang....

Hari nie ada order frozen sebanyak 50 keping.... thanks to Rizma yg order 40 daging & 10 ayam.... rasanya beliau order utk majlis harijadi beliau.... happy birthday Rizma... semoga Allah memberkati hidup anda sekeluarga..... saya terpaksa siapkan acar bawang beliau selepas Isyak kerana acar yg dibuat sebelum itu kehabisan..... thanks to Ila and Shila kerana membantu... termasuklah Acer yg sudi menjadi driver tambahan...

Ila bawa Nadhira, kawan Nadhira & Shila utk tolong bungkus murtabak serta tolong apa yg patut.... hari nie stall sdaya ada beberapa dara pingitan..... takut juga saya sebab tak mahu orang salah anggap.... hehehehe... maklumlah tanggapn orang ramai lain drpd yg lain bila ramai anak2 dara pingitan yg dok serve customer..... heheheheh... lawak ajer.... tapi mana tahu kalau ada yg dok syak wasangka.....

Petang  tadi cuaca macam nak hujan... guruh dah berdentum.... tapi tak jadi hujan... alhamdulillah dengan nikmat dan rahmat dari Nya..... boleh lah saya run porduction in high speed... tapi telur and bawang pulak yg tak cukup.. terpaksa pinjam telur drpd Sdr Zul (peniaga Char Koew Teow kat gerai sebelah).... dah beli satu crack (30biji) tapi tak cukup pulak.... kenalah pergi 2 kali ke Hero Wangsa Maju.....

Akhir kalam.... thanks kpd semua.... opssss. Mak Busu pun datang katanya... saya tak ada masa itu sebab melayan Aloy (kawan Spansion)....

Sunday, April 15, 2012

Frozen Murtabak

As-salam.... Bismillah.... syukur dengan nikmat dan rahmat dari NYA..... Kami di Murtabak A.Ghaffur sedang rancak mempromosikan Murtabak Frozen sebab permintaan yg amat menggalakkan dari pelanggan2 yg mahukan frozen food... maklumlah kesibukan kota katakan..... ada yg nak makan sebelah pagi and ada yg nak makan sebelah malam.... jadi frozen murtabak menyediakan satu alternatif kepada semua.... cubalah..... kepada yg beli miurtabak biasa pun boleh buat frozen sebab anda hanya perlu masukkan murtabak tersebut ke dalam freezer... insyaallah akan tahan lama dan rasanya lagi sedap lagi.... cubalah....

Thanks to peminat setia Murtabak A.Ghaffur

As-salam.... Bismillah.... Teruja saya melayan @ berjumpa mereka yg meminati Murtabak Ghaffur Simpang Enam..... Thanks to Razwil & Uncle Ahmad Abdullah (bapa Razwil) yang sanggup datang menjengah serta menikmati rasa Murtabak A.Ghaffur.... siap order berlambak2 utk buat stok..... (mereka yg tahu rasa murtabak Ghaffur selepas keluar dari freezer pasti tak tidur lena dibuatnya..... hehehehehehe)..... thanks to Abu Bakar (kawan Razwil) yang sanggup datang bersama2 dengan Razwil utk mencuba Murtabak A.Ghaffur.... really appreciate your support.....

Begitu juga dengan Mamu Zain yg tinggal di AU5 C.... beliau menggemari murtabak A.Ghaffur sehinggakan 2 minggu berturut2 membeli miurtabak saya bagi dijadikan buah tangan semasa melawan besan mereka di Bangi.... saya hargai keikhlasan Mamu Zain and his wife (maaf sebab terlupa nak tanya nama Mami)....

Ada beberapa orang lagi yg follow Murtabak A.Ghaffur.... nanti saya update cerita tentang mereka yg lain pulak..... thanks all for yur support.... saya amat2 menghargai support yg diberikan... hanya Alllah swt shj yg dapat membalasnya.....

Thursday, April 12, 2012

Setelah 12 Hari Berniaga.....

Bismillahirrahmanirahim....

Syukur alhamdullillah.....semakin ramai customer yg dtg membeli dan tidak kurang yg datang semula membeli (repeat customer) krn mengajui keenakan murtabak Ghaffur....alhamdullillah. Kami di Murtabak Ghaffur akan cuba sedaya upaya untuk terus mengekalkan keenakan, kebersihan dan kualiti ini sampai bila bila....

Jualan masih ok, kalau hari cuti dpt la mencecah ke 150 kpg, pada hari biasa dlm 80 kpg.....insyaallah, berkat sokongan semua, saya yakin jualan akan meningkat. Tkasih dan syukur juga kpd rakan2 yg telah menawarkan untuk supply di sebuah hotel di KL dan juga frozen di pejabat2 sekitar KL.

Saya juga sedang bercadang untuk membuka peluang perniagaan ini kpd sesiapa yg berminat utk mengusahakan perniagaan murtabak....

Sehingga berjumpa lagi.....wasallam.

Monday, April 9, 2012

Terima Kasih semua yg support

As-salam... Bismillah... Syukur Alhamdulillah dengan rezeki, nikmat dan rahmat dari NYA...

Saya mengucapkan jutaan terima kasih buat semua yg telah datang ke gerai saya semenjak kami memulakan operasi 31st Mar 2012 yg lalu... dah genap seminggu kami memulakan bisnes warisan ini.....

Saya amat teruja dengan sokongan yg telah diterima oleh kawan2 dan saudara mara mahu pun pelanggan2 yg telah mengenali nama "Ghaffur Murtabak" sejak atuk saya berniaga di Simpang 6, Komtar, Penang.....

Tak mampu saya list kan nama2 yg telah menghadirkan diri kerana terlalu ramai yg telah memberi sokongan mereka samada secara terus mahupun dengan doa.... saya mohon Allah swt membalas jasa baik semua.

Friday, March 23, 2012

Macamana saya boleh berminat untuk berniaga murtabak?

Assalamualaikum wbt... Bismillah..... Alhamdulillah syukur di atas nikmat dan rahmat yg DIA berikan...

Saya telah kehilangan pekerjaan saya apabila Spansion (KL) menutup operasinya pada penghujung tahun 2011 (tahun lepas). Ia agak mengejutkan saya kerana pada masa Spansion membuat pengumuman untuk menutup operasinya, saya berada di Mekah bersama2 dengan isteri saya (Atika Mohd Ramli) bagi menunaikan ibadah haji yang wajib ke atas kami.

Pada masa tersebut saya tiada perancangan apa2 sebab memang agak mengejutkan berita Spansion akan menutup terus operasi mereka tetapi saya telah menyimpan niat untuk kembali menjadi seorang usahawan setelah saya meninggalkan bidang ini hampir 20tahun yg lalu. Saya rasa ini adalah saat yang amat sesuai untuk saya menceburkan diri dalam bidang pernigaan..... tetapi apakah perniagaan yg akan saya buat? Saya amat bercita2 untuk memiliki sebuah restoran sendiri tetapi pada masa tersebut saya tidak pulak memikirkan untuk membuka sebuah restoran.

Sebenarnya ada cerita disebalik "pembukaan stall murtabak" kerana semasa di Mekah, isteri saya telah berkenalan dengan seorang Mami Tanjong.... yg pada masa tersebut bertanyakan saya yang dikatakan "Mamak Penang".... cerita punya cerita sehinggalah terkeluar cerita tentang Ghaffur Murtabak dan Mamu Mubarak (yg berniaga murtabak di Sungai Pinang).... memang Ghaffur murtabak dikenali oleh sebahagian penduduk Pulau Pinang sehinggakan nama Ghaffur Murtabak membuatkan orang lain (Mami Tanjong) mengenali saya sehinggakan di Mekah sendiri.... itu adalah salah satu sebab saya tergerak hati untuk meneruskan resepi asli atuk saya... ada banyak lagi sebab yang membuatkan saya tergerak hati utk meneruskan pernigaan murtabak atuk saya.....

Sejarah Murtabak A.Ghaffur

Assalamualaikum wbt.....Bismillah... Syukur kepada Allah swt di atas rahmat dan nikmat yang telah diberikan

Nama Abdul Ghaffur adalah nama moyang saya (Shamsul) yang membawa resepi Murtabak ke Pulau Pinang.

Perniagaan murtabak beliau telah diwarisi oleh anak2 beliau yg bernama Abdul Wahab dan Tahir yang berniaga murtabak di sekitar Komtar (Gama - Simpang 6).

Atuk saya iaitu Abdul Wahab bin Abdul Ghaffur telah mewariskan resepi murtabak yang telah beliau pelajari kepada anak beliau (iaitu pakcik saya) yg bernama Muhammad manakala atuk Tahir bi Abdul Ghaffur telah mewariskan resepi yang beliau perolehi kepada anak beliau iaitu Mubarak.

Kedua2 pakcik saya masih meneruskan perniagaan murtabak di Pulau Pinang sehingga sekarang. Mamu Muhammad berniaga di Butterworth manakala Mamu Mubarak berniaga di Penang island.

Wednesday, March 21, 2012

Majlis Perasmian Gerai @ Wangsa Melawati 4

Assalamualaikum... Majlis rasmi akan diadakan pada 31st March 2012, 3pm~7pm. Semua dijemput hadir. Rasailah kenikmatan murtabak sebenar dari Penang.