Assalamualaikum wbt.... Bismillah.... Alhamdulillah syukur dengan nikmat dan rahmat dari NYA...
Hari nie saya bertemu seorang Dr yg pernah merasai Murtabak A.Ghaffur yg dibuat sendiri oleh moyang saya iaitu A.Ghaffur.... beliau pun masih kanak2 lagi.... kata Dr.Ghouse kepada saya.... beliau buat u-turn untuk double confirm nama A.Ghaffur Murtabak.... beliau sememangnya orang area Wangsa Melawati (beliau dari AU5 C - jemaah Surau Al Mustaqim yg popular kat area Hulu Kelang / Keramat).... Thanks kpd Dr Ghouse yg sanggup menyusahkan diri singgah ke gerai saya semata2 nama A.Ghaffur... beliau beli 6 biji utk jamu orang Sungai Pinang yg datang ke rumah beliau..... "kita bagi depa rasa Murtabak Pulau Pinang dekat KL" kata beliau secara seloroh.... hahahahhaha....
Kawan Spansion ke 3 datang menziarahi gerai saya iaitu "Aloy" yg kebetulan datang rumah kawan beliau.... terima kasih keran sudi singgah dan bawa sekali kawan awak, Sdr. Zul yg kebetulan begitu arif dengan kawasan tempat saya berniaga (maklumlah rumah mak mertua dia kat sini)...... Thanks Aloy kerana sudi beli bawa balik 3 ayam & 3 daging.... sanggup tunggu meskipun ayam agak lewat disiapkan... ":production jalan ayam shj".... kata beliau secara berjenaka.....
Ada juga new customer yg beliau agak banyak, RM30 (9 keping).... samada beli utk buat buah tangan atau pun memang gemar murtabak... thanks kpd new customer.... diharap anda menyukai rasa dan keenakkan murtabak asli Pulau Pinang....
Hari nie ada order frozen sebanyak 50 keping.... thanks to Rizma yg order 40 daging & 10 ayam.... rasanya beliau order utk majlis harijadi beliau.... happy birthday Rizma... semoga Allah memberkati hidup anda sekeluarga..... saya terpaksa siapkan acar bawang beliau selepas Isyak kerana acar yg dibuat sebelum itu kehabisan..... thanks to Ila and Shila kerana membantu... termasuklah Acer yg sudi menjadi driver tambahan...
Ila bawa Nadhira, kawan Nadhira & Shila utk tolong bungkus murtabak serta tolong apa yg patut.... hari nie stall sdaya ada beberapa dara pingitan..... takut juga saya sebab tak mahu orang salah anggap.... hehehehe... maklumlah tanggapn orang ramai lain drpd yg lain bila ramai anak2 dara pingitan yg dok serve customer..... heheheheh... lawak ajer.... tapi mana tahu kalau ada yg dok syak wasangka.....
Petang tadi cuaca macam nak hujan... guruh dah berdentum.... tapi tak jadi hujan... alhamdulillah dengan nikmat dan rahmat dari Nya..... boleh lah saya run porduction in high speed... tapi telur and bawang pulak yg tak cukup.. terpaksa pinjam telur drpd Sdr Zul (peniaga Char Koew Teow kat gerai sebelah).... dah beli satu crack (30biji) tapi tak cukup pulak.... kenalah pergi 2 kali ke Hero Wangsa Maju.....
Akhir kalam.... thanks kpd semua.... opssss. Mak Busu pun datang katanya... saya tak ada masa itu sebab melayan Aloy (kawan Spansion)....
Assalamualaikum sdra Shamsul,
ReplyDeleteTerima kasih kerana memasukkan nama saya kedalam blog tuan, Ya Alhamdulillah, kira2 45 tahun lepas, saya pernah makan murtabak Ghafur Bertam Lane bersama datuk saya yang juga sahabat kepada Arwah Ghaffur. Waktu itu masih ada Ghani Beriani yang popular dan ice cream on top of the world yang famous tu..Tapi kalau murtabak tak boleh nak lawan Ghaffur Murtabak "brand Name" dalam dunia murtabak.lepas tu saya makan murtabak yang dibuat oleh Mamu Tahir (fakta nama saya confuse betoi tapi tadi adra Shamsul dah betulkan sedikit kekeliruan nama orang2 ama ni)di Bertam lane sebelum saya berjumpa dengan Tok Wahab di simpang enam sebelah kassim Nasi kandar depan GAMA... Masa tu saya masih remaja lagi..tapi Tok Wahab masa tu dak tak larat..dia buat murtabak sambil duduk..muratabak dia pun "odd shape" tak lah empat segi atau bulat. tapi rasanya luar biasa sedapnya...Saya minta resepinya..saya habaq kat dia, tok saya nak pi belajaq kat luaq negeri..7 tahun tak balik..bolehka bagi resepi?..dia bagi verbally..saya semasa diperantauaan saya cuba buat Alhamdulillah sedap tapi tak boleh celen yag dia punya...Anyway sekarang ni kalau naka makan murtabak kena balik Penang pi sg Pinang (Mubarak) tapi timing buka kedai dengan timing saya keluar masuk Penang selalu clash jadi jarang merasa.. kelmarin ternampak stor sdra Shamsul terpampang Murtabak Ghaffur penang.teruih saya U-Turn nak mai periksa betoi ka murtabak ghaffur..Alhamdulillah semalam beli..hari ni pun beli...Memang Sedap...MURTABAK GHAFFUR-LEGEND kembali lagi ...di Kuala Lumpur..Selamat mencuba
Dr Ghouse Noor
Cucu Pakwanteh pelamin
Thanks doc.... saya really appreciate your effort untuk visit blog kami serta bagi sedikit input... Alhamdulillah syukur dengan nikmat dan rahmat dari Nya..... semoga setiap ibadat kita memberi manfaat kepada atuk, nenek & moyang kita.... insyaallah...
ReplyDeleteTok Wahab adalah atuk betoi saya.... manakala Tok Tahir dengan Tok Wahab adalah 2 beradik.... sorang kat sebelah Kassim Nasi Kandar (Simpang 6 Komtar/Gama) dan seorang dekat Bertam Lane.
Semoga semua peminat Murtabak A.Ghaffur akan dapat mengimbau kembali kenangan memakan masakan Tok Wahab / Tok Tahir mahupun Tok Ghaffur sendiri.... semoga warisan A.Ghaffur tetap diminati oleh generasi lama dan juga baru....
Jika ada kekurangan adalah sebab saya sendiri (yg baru belajar bertatih)... maaf kan saya dan tegur lah saya utk improvement.... ada juga beberapa komen daripada peminat baru mahu pun lama... saya amat2 hargai dan saya ucapkan terima kasih banyak2 di atas sokongan yg diberikan....
Thanks Doc kerana "repeat" dengan 3 special daging semalam.... Razwil (peminat setia Ghaffur dari Salak Tinggi @ KLIA) ada komen pasal "keras".... saya rasa saya dah jumpa sebabnya... and from Doc punya feedback maka saya rasa masalah tersebut telah berjaya kami atasi @ selesai..... Thanks Razwil for your valuable input / komen.... nanti saya bagi awak "test" special satu..... hehehehehe... tapi mesti makan dekat gerai saya lah.... (kat gerai depan yg menyediakan minuman dan meja/kerusi)....