Thursday, November 14, 2013

A.Ghaffur Murtabak di Pasar Tani Taman Melawati

Bismillah... Alhamdulillah, kami A.Ghaffur Murtabak telah diberi satu ruang di tapak Pasar Tani Taman Melawati... jika dahulu, kami hanya parking our mobile lorry di luar Pasar Tani tetapi sejak minggu lepas kami telah beroperasi di dalam Pasar Tani itu sendiri...

Terima kasih kepada pihak Fama kerana memberi ruang dan peluang kpd kami... syukur kpd Allah swt atas nikmat dan rahmat dari NYA...

A.Ghaffur Murtabak dalam ruangan Makan Luar @ Berita Harian, 9hb Nov 2013

Bismillah.... As salam.... setelah hampir 2 tahun kami beroperasi di Lembah Kelang, Alhamdulillah dgn nikmat dan rahmat dari NYA, gerai kami @ bisnes kami telah diberi sedikit ruang di dalam akhbar nasional Berita Harian, 9hb Nov 2013, satu muka penuh untuk segmen 'Makan Luar'... terima kasih banyak kpd mereka yg membantu terutamanya wakil media Berita Harian sendiri kerana sudi datang ke gerai kami yg tak lah sehebat mana...