Monday, April 30, 2012

Citer tentang Abang Ibrahim & Bro Syed

As-salam... Bismillah.... Syukur dengan rahmat & nikmat yg telah DIA berikan....

Mereka berdua mempunyai cerita yg hampir sama sebab kedua2 mereka membuat order selepas saya bagi mereka try sample Murtabak A.Ghaffur... saya memberanikan diri utk bagi bakal2 customer rasa akan kesedapan Murtabak A.Ghaffur....

Abang Ibrahim immediately called saya and place order 7biji special daging... beliau tertarik dengan kenipisan kulit murtabak A.Ghaffur.... tak tahu saya samada beliau menyukai Murtabak A.Ghaffur special sebab kenipisan kulit tidak kami serlahkan sebab kami bagi tebal the kulit... saya harap Abang Ibrahim datang balik utk cari yg nipis punya.....

Bro Syed pun mempunyai cerita yg hampir sama... beliau terus order 40biji Murtabak A.Ghaffur selepas merasai kesedapan resepi Murtabak A.Ghaffur.... semoga beliau terus kekal memberi sokongan kepada Murtabak A.Ghaffur....

Thanks to Bro Syed and Abang Ibrahim.....

Abang Bakar @ Diana / Puan Yatie (RHB)....

Thanks kepada Abang Bakar yg telah memilih murtabak A.Ghaffur sebagai buah tangan @ ole2 @ hadiah kenduri.... dalam diam2 dah 2 kali Abg Bakar buat tempahan dalam masa sebulan... saya amat2 menghargai support yg telah diberikan... thanks to akak juga + Diana yg selalu buat order...

Hari nie Puan Yatie buat kejutan (sebab semalam beliau bertanya tentang delivery) and hari nie terus come back dengan order.... memang surprise juga sebab beliau baru ajer bertanya semalam... thanks to Puan Yatie... saya harap resepi Murtabak A.Ghaffur dapat memenuhi kepuasan semua....

Amin (Sungai Pinang) & isteri (now @ Bukit Antarbangsa) datang ke stall

Assalamulaikum wbt..... Bismillah... Alhamdulillah syukur dengan rahmat & nikmat dari Nya...

Petang tadi otai from Sungai Pinang datang menjengah gerai kami semata2 mendengar nama "Ghaffur" Murtabak... syukur sangat bila ramai yg masih mengingati dan mengikuti perkembangan Murtabak Ghaffur especially Mamu Mubarak punya air tangan....

Harap Sdr Amin & isteri puas hati dengan resepi A.Ghaffur warisan Tok Wahab (sebelah Kassim Nasi Kandar)..... bawang telah kami "adjust" bagi memenuhi selera kini jika nak dibandingkan dengan "bawang Tok Wahab"...... harap bawang kami mendapat tempat di hati anda...

Kalau dah suka, janganlah lupa promote kat kawan2 yg lain... nanti saya upload gambar yg saya ambil petang tadi......

Thursday, April 26, 2012

Majlis Perkahwinan & Kenduri Kendara (Tahlil, Birthday)

Bismillah... Alhamdulillah... syukur dengan nikmat dan rahmat dari Nya....

Kepada yg nak buat stall Murtabak A.Ghaffur di majlis perkahwinan anda.... bolehlah contact kami... Kami di Murtabak A.Ghaffur sedia menyediakan pakej yg sesuai dengan majlis anda.... Kami boleh buka gerai segera (live cooking) di majlis perkahwinan atau apa2 majlis yang anda adakan... Insyaallah....

Harga boleh dirunding mengikut budget anda.... kami akan cuba utk mengikut budget anda selagi boleh.... insyaallah....


Plan untuk Frozen Murtabak A.Ghaffur

As-salam... Bismillah... Alhamdulillah....

Seperti yg kita sedia maklum... Murtabak A.Ghaffur amatlah terkenal dengan "keaslian" & "ketahanan" murtabak sehinggakan Murtabak A.Ghaffur yg disimpan berminggu2 di dalam freezer masih elok & kesedapannya makin terasa....

Semua cerita di atas tiada bukti saintifik tetapi telah turun temurun terbukti "baik" jadi kami mengambil inisiatif untuk menghantar produk kami ke MARDI agar segala rahsia tersebut dibuktikan secara saintifik.Insyaallah dalam masa terdekat saya akan menghantar produk kami ke MARDI kerana jalan telah dirintis utk menjadikan Murtabak A.Ghaffur lebih berdaya saing dan dibuktikan dengan fakta2nya... emmmmmm... Insyallah... semoga Allah swt mempermudahkan segala urusan....

Special Thanks utk mereka yg bersusah payah membantu menjual Murtabak A.Ghaffur

As-salam... Bismillah... Alhamdulillah....

Kepada kawan2 yg banyak membantu membuat promosi serta mengambil order seperti Kak Ton & Kak Ani dari Exim Bank. Ruby, Rahimah, Puteri, Kak Suhaili, Fizah, Zul dari CIMB. Ana dari Mara. Hanes dari Ace Jerneh.

Sumbangan anda semua amat2 saya hargai. Semoga Allah shj yg membalas kebaikan anda semua....

Thanks to Abg Fuad & Kak Nori serta Pak Jang & Aunt Yatie

As-salam.... Bismillah... Alhamdulillah syukur dengan nikmat & rahmat dari Nya...

Meskipun keluarga berdua ini saya tak jemput semasa opening tempohari tetapi mereka bersusah payah datang ke gerai saya bila saya bagitahu tentang "bisnes Murtabak A.Ghaffur" kepada mereka...

Saya mohon maaf sebab tak jemput dan saya ucapkan jutaan terima kasih kerana sudi memberi sokongan kepada saya sekeluarga... kami amat2 berbesar hati bila ramai yg datang menjengah kami serta memberi kata2 semangat.... Thanks....

Friday, April 20, 2012

Rupanya delivery dengan kereta amat memenatkan & tension

Assalamualaikum wbt... Bismillah....

Hari nie kena buat 2 delivery... satu kat KL town and 1 dekat AU5 D..... nak jadi cerita, masa buat delivery kat KL town, dapat order dekat AU5 D... ambil masa dekat sejam juga nak deliver meskipun AU5 D hanya 1KM daripada gerai kami...

Nak kena improve bab delivery nie... meskipun 3 biji saya tetap deliver jika dlm 1~3km radius....asalkan Allah izinkan.... kalau tak boleh maka saya akan kata tak boleh (jika staff tak ada atau terlalu sibuk sehinggakan tak mampu nak hantar)....

Ridzwan rakan jemaah Suraub Al-Kauthar datang menjengah

Assalamualaikum wbt.... Bismillah... Alhamdulillah syukur dengan nikmat dan rahmat dari Nya...

Hari nie Sdr Ridzwan singgah beli 2 keping Murtabak A.Ghaffur... beliau nak "rasa" dahulu... terima kasih di atas sokongan anda.... saya harap Murtabak A.Ghaffur dapat memenuhi citarasa anda.... thanks...

Bon and wife singgah beli Murtabak A.Ghaffur

Assalamualaikum wbt... Bismillah... Alhamdulillah syukur dengan nikmat dan rahmat dari Nya...

Kawan lama singgah beli Murtabak A.Ghaffur petang tadi.. terima kasih banyak2 sebab sudi datang beli Murtabak A.Ghaffur... kami hargai sokongan anda berdua....

Kepada kawan2 yg datang nak mencuba... mintalah special daging Murtabak A.Ghaffur and makan kat gerai depan (Aiman Corner)... or Special Ayam Murtabak A.Ghaffur... hari nie tak sempat nak lepak2 minum sebab Bon terpaksa balik utk fetch anak dia balik sekolah..... Thanks

Jumaat Cuti tau..."Murtabak A.Ghaffur"

Assalamualaikum.... Bismillah... Alhamdulillah syukur dengan nikmat dan rahmat dari NYA...

Just nak bagi tahu yg Murtabak A.Ghaffur tak beroperasi pada hari Jumaat... Kami decided not to operate on Friday meskipun kat sticker & flyer tulis hari Jumaat buka... Minta maaf banyak2 jika ia menimbulkan perasaan marah atau masalah kepada semua pelanggan Murtabak A.Ghaffur... Kami minta maaf.... Maafkan kami... Maafkan kami... Maafkan kami....

Jumpa anda hari Sabtu nie... Insyaallah.....

Thursday, April 19, 2012

Nak buka franchise Murtabak A.Ghaffur

Assalamualaikum wbt... Bismillah... Alhamdulillah syukur dengan nikmat dan rahmat dariNya.....

Nampaknya dah ada 2 orang yg interested nak buka franchise Murtabak A.Ghaffur... saya belum ready nak buka franchise lagi.... tetapi kalau ditangguh maka tak habis cerita lah nampaknya.. keputusan perlu dibuat.... win win situation laaa..... semoga Allah swt mempermudahkan segala urusan..... Wassalam...

Mon from Puchong datang Wangsa Melawati nak beli Murtabak A.Ghaffur & Mamu Izzuddin punya cerita

Assalamualaikum wbt... Bismillah.... Alhamdulillah syukur dengan nikmat dan rahmat dari Nya.....

Sdr Mon datang dengan isteri ke gerai kami di Wangsa Melawati 4 dari Puchong semata2 nak beli murtabak... terkejut jugak saya bila jawapan beliau sebegitu rupa.... sepatutnya saya offer beliau satu daging special.... tapi entah macamana semua itu tak terucap... terkejut pun ada juga... ini kes kedua sebab sebelum ini Sdr Razwil dari Salak Tinggi pun datang KL nak pekena murtabak A.Ghaffur... sekali tu dia datang sorang2.... kali kedua beliau datang dengan bapa beliau dan kali ketiga dengan kawan beliau (Abu Bakar)...

Terima kasih kepada mereka yg singgah utk mencuba murtabak A.Ghaffur.... semoga hidangan yg kami sajikan dapat memenuhi selera anda..... sesekali order lah special Ayam atau special Daging....

Kalau anda nak makan, anda boleh makan dekat Aiman Corner or Zidni Bakery.... pilih yg mana satu yg anda mahu.....

Mamu Izzuddin from Bukit Antarabangsa sempat singgah ke gerai saya selepas beliau dapat tahu akan kewujudan Murtabak A.Ghaffur di Wangsa Melawati 4.... yang peliknya.... beliau dapat tahu dari anak beliau yg kerja di CIMB (semalam kami buat promotion dekat CIMB sebelah SOGO tuuuu).... beliau sempat cerita tentang Atuk A.Ghaffur yg meniaga di Bertam Lane..... itu pun masa beliau kecik2 lagi... thanks Mamu for your support.... beliau pada pandangan saya sebaya dengan Dr.Ghouse yg saya ceritkan sebelum ini.....beliau selalu kempunan kalau nak makan di Sungai Pinang kerana Mamu Mubarak @ Nizal (anak Mamu Mubarak) tidak buka restaurant mereka pada hari Sabtu & Ahad....

Note: Hari Jumaat kami tutup bagi merehatkan badan....

Wassalam....

Wednesday, April 18, 2012

Dugaan bila penebar roti canai accident semalam

Assalamualaikum wbt... Bismillah... Alhamdulillah syukur dengan nikmat dan rahmat dari Nya....

Hari nie betul2 terima ujian.... order masuk 70biji.... nak kena siapkan sebelum 3:30pm..... sampai ke gerai lebih kurang pukul 1pm (sebelum Zohor)..... ingatkan nak atur strategi utk buat yg terbaik.... tetiba dapat sms dari penebar roti canai aku (Salim) yg beliau kemalangan semalam.... hari nie tak boleh kerja katanya.....

Mak aiiiiiii... apa dah jadi nie... macamana nak buat nie.... aku gagahkan solat Zohor tanpa memikirkan masalah aku.... aku serahkan kepada Allah swt utk tolong aku.... alhamdulillah ada seorang kawan Salim yg boleh cover tempat beliau... syukur sangat dengan pertolongan Allah swt.....

Penebar aku (Salim) mungkin tak dapat bekerja selama 3~5 hari.... tadi aku sempat melawat beliau....kecederaan kaki dan tangan tak lah parah tetapi "menyakitkan" katanya..... especially yg kat lutut...

Hari nie MD Ali datang support... alhamdulillah.... 

Peminat # 1 Murtabak

Assalamualaikum wbt... Bismillah.... Alhamdulillah syukur dengan nikmat dan rahmat dari NYA....

Rupa2nya isteri saya (Atika Mohd Ramli) memang gila murtabak betoi... patutlah dia suruh saya buat murtabak A.Ghaffur di KL.... beliau boleh makan murtabak masa sarapan, lunch and dinner.... tak jemu2 dia makan murtabak.... baru aku sedar bini aku "hantu" murtabak...

Beliau sekali beli murtabak (sebelum saya buat bisnes murtabak) adalah dalam 5biji sekali beli.... itu kira sikit lah tuuuu.... sebelum ini saya tak berapa ambil pusing tetapi bila difikirkan dan dikenangkan barulah saya senyum sendirian..... sekarang nie hari2 dia makan murtabak... tak pulak jemu2....

Hari nie sahaja beliau buat sales sebanyak 70 pcs dekat office beliau (ini yg panas2 punya)... sebelah pagi beliau bawa banyak juga frozen murtabak..... sebenarnya murtabak yg frozen lagi "kaw"..... just masukkan murtabak yg tak habis ke dalam freezer.... insyaallah akan dapat rasa yg lebih "kaw" lagi.....

Thanks to Atika yg banyak memberi support tanpa berbelah bahagi.... hanya Allah swt shj yg dapat membalas jasa baik anda....

Monday, April 16, 2012

Dr.Ghouse pernah jumpa moyang saya (A.Ghaffur)

Assalamualaikum wbt.... Bismillah.... Alhamdulillah syukur dengan nikmat dan rahmat dari NYA...

Hari nie saya bertemu seorang Dr yg pernah merasai Murtabak A.Ghaffur yg dibuat sendiri oleh moyang saya iaitu A.Ghaffur.... beliau pun masih kanak2 lagi.... kata Dr.Ghouse kepada saya.... beliau buat u-turn untuk double confirm nama A.Ghaffur Murtabak.... beliau sememangnya orang area Wangsa Melawati (beliau dari AU5 C - jemaah Surau Al Mustaqim yg popular kat area Hulu Kelang / Keramat).... Thanks kpd Dr Ghouse yg sanggup menyusahkan diri singgah ke gerai saya semata2 nama A.Ghaffur... beliau beli 6 biji utk jamu orang Sungai Pinang yg datang ke rumah beliau..... "kita bagi depa rasa Murtabak Pulau Pinang dekat KL" kata beliau secara seloroh.... hahahahhaha....

Kawan Spansion ke 3 datang menziarahi gerai saya iaitu "Aloy" yg kebetulan datang rumah kawan beliau.... terima kasih keran sudi singgah dan bawa sekali kawan awak, Sdr. Zul yg kebetulan begitu arif dengan kawasan tempat saya berniaga (maklumlah rumah mak mertua dia kat sini)...... Thanks Aloy kerana sudi beli bawa balik 3 ayam & 3 daging....  sanggup tunggu meskipun ayam agak lewat disiapkan... ":production jalan ayam shj".... kata beliau secara berjenaka.....

Ada juga new customer yg beliau agak banyak, RM30 (9 keping).... samada beli utk buat buah tangan atau pun memang gemar murtabak... thanks kpd new customer.... diharap anda menyukai rasa dan keenakkan murtabak asli Pulau Pinang....

Hari nie ada order frozen sebanyak 50 keping.... thanks to Rizma yg order 40 daging & 10 ayam.... rasanya beliau order utk majlis harijadi beliau.... happy birthday Rizma... semoga Allah memberkati hidup anda sekeluarga..... saya terpaksa siapkan acar bawang beliau selepas Isyak kerana acar yg dibuat sebelum itu kehabisan..... thanks to Ila and Shila kerana membantu... termasuklah Acer yg sudi menjadi driver tambahan...

Ila bawa Nadhira, kawan Nadhira & Shila utk tolong bungkus murtabak serta tolong apa yg patut.... hari nie stall sdaya ada beberapa dara pingitan..... takut juga saya sebab tak mahu orang salah anggap.... hehehehe... maklumlah tanggapn orang ramai lain drpd yg lain bila ramai anak2 dara pingitan yg dok serve customer..... heheheheh... lawak ajer.... tapi mana tahu kalau ada yg dok syak wasangka.....

Petang  tadi cuaca macam nak hujan... guruh dah berdentum.... tapi tak jadi hujan... alhamdulillah dengan nikmat dan rahmat dari Nya..... boleh lah saya run porduction in high speed... tapi telur and bawang pulak yg tak cukup.. terpaksa pinjam telur drpd Sdr Zul (peniaga Char Koew Teow kat gerai sebelah).... dah beli satu crack (30biji) tapi tak cukup pulak.... kenalah pergi 2 kali ke Hero Wangsa Maju.....

Akhir kalam.... thanks kpd semua.... opssss. Mak Busu pun datang katanya... saya tak ada masa itu sebab melayan Aloy (kawan Spansion)....

Sunday, April 15, 2012

Frozen Murtabak

As-salam.... Bismillah.... syukur dengan nikmat dan rahmat dari NYA..... Kami di Murtabak A.Ghaffur sedang rancak mempromosikan Murtabak Frozen sebab permintaan yg amat menggalakkan dari pelanggan2 yg mahukan frozen food... maklumlah kesibukan kota katakan..... ada yg nak makan sebelah pagi and ada yg nak makan sebelah malam.... jadi frozen murtabak menyediakan satu alternatif kepada semua.... cubalah..... kepada yg beli miurtabak biasa pun boleh buat frozen sebab anda hanya perlu masukkan murtabak tersebut ke dalam freezer... insyaallah akan tahan lama dan rasanya lagi sedap lagi.... cubalah....

Thanks to peminat setia Murtabak A.Ghaffur

As-salam.... Bismillah.... Teruja saya melayan @ berjumpa mereka yg meminati Murtabak Ghaffur Simpang Enam..... Thanks to Razwil & Uncle Ahmad Abdullah (bapa Razwil) yang sanggup datang menjengah serta menikmati rasa Murtabak A.Ghaffur.... siap order berlambak2 utk buat stok..... (mereka yg tahu rasa murtabak Ghaffur selepas keluar dari freezer pasti tak tidur lena dibuatnya..... hehehehehehe)..... thanks to Abu Bakar (kawan Razwil) yang sanggup datang bersama2 dengan Razwil utk mencuba Murtabak A.Ghaffur.... really appreciate your support.....

Begitu juga dengan Mamu Zain yg tinggal di AU5 C.... beliau menggemari murtabak A.Ghaffur sehinggakan 2 minggu berturut2 membeli miurtabak saya bagi dijadikan buah tangan semasa melawan besan mereka di Bangi.... saya hargai keikhlasan Mamu Zain and his wife (maaf sebab terlupa nak tanya nama Mami)....

Ada beberapa orang lagi yg follow Murtabak A.Ghaffur.... nanti saya update cerita tentang mereka yg lain pulak..... thanks all for yur support.... saya amat2 menghargai support yg diberikan... hanya Alllah swt shj yg dapat membalasnya.....

Thursday, April 12, 2012

Setelah 12 Hari Berniaga.....

Bismillahirrahmanirahim....

Syukur alhamdullillah.....semakin ramai customer yg dtg membeli dan tidak kurang yg datang semula membeli (repeat customer) krn mengajui keenakan murtabak Ghaffur....alhamdullillah. Kami di Murtabak Ghaffur akan cuba sedaya upaya untuk terus mengekalkan keenakan, kebersihan dan kualiti ini sampai bila bila....

Jualan masih ok, kalau hari cuti dpt la mencecah ke 150 kpg, pada hari biasa dlm 80 kpg.....insyaallah, berkat sokongan semua, saya yakin jualan akan meningkat. Tkasih dan syukur juga kpd rakan2 yg telah menawarkan untuk supply di sebuah hotel di KL dan juga frozen di pejabat2 sekitar KL.

Saya juga sedang bercadang untuk membuka peluang perniagaan ini kpd sesiapa yg berminat utk mengusahakan perniagaan murtabak....

Sehingga berjumpa lagi.....wasallam.

Monday, April 9, 2012

Terima Kasih semua yg support

As-salam... Bismillah... Syukur Alhamdulillah dengan rezeki, nikmat dan rahmat dari NYA...

Saya mengucapkan jutaan terima kasih buat semua yg telah datang ke gerai saya semenjak kami memulakan operasi 31st Mar 2012 yg lalu... dah genap seminggu kami memulakan bisnes warisan ini.....

Saya amat teruja dengan sokongan yg telah diterima oleh kawan2 dan saudara mara mahu pun pelanggan2 yg telah mengenali nama "Ghaffur Murtabak" sejak atuk saya berniaga di Simpang 6, Komtar, Penang.....

Tak mampu saya list kan nama2 yg telah menghadirkan diri kerana terlalu ramai yg telah memberi sokongan mereka samada secara terus mahupun dengan doa.... saya mohon Allah swt membalas jasa baik semua.