Bismillah... Assalamualaikum wbt.... Alhamdulillah syukur dengan nikmat dan rahmat dari Nya....
Pejam celik pejam celik...Murtabak AGhaffur dah masuk 2 bulan penuh (bln ke-3) berniaga di KL (Wangsa Melawati 4 atau Jalan AU5D/1 Tmn Permata)...syukur kepada Allah swt.
Jika difikirkan semula, (kdg2 tu macam tak percaya) macamana dgn kuasa Allah swt, kami yg tidak pernah terlintas nak berniaga secara komersial begini dibuka kan pintu hati, diberikan kekuatan mental dan emosi untuk berniaga lagu nie...hanya mampu bermula dgn gerai di tepi jalan.....alhamdullillah...kdg2 tu rasa pelik, perasaan malu dan segala nya hilang. Digantikan oleh Allah dgn kekuatan untuk menjual, mempromosikan dan memperbesarkan murtabak terbaik dari Pulau Mutiara ini...lagenda Ghaffur....dan seterus nye memendam perasaan nak jadi Jutawan...Hartawan...Dermawan....hihihihihihi:) insyaallah....jika diizinkan Allah, hingga dpt kami merealisasikan impian untuk menubuhkan suatu hari nnt..."AGhaffur Foundation"...
Pernah seorg pakcik dtg ke gerai Shamsul, sambil sembang2 dia bertanya, dulu Sham keje ape? (agak nye dia pelik macamana Shamsul bole buka gerai di tepi jln, agak nye mungkin Shamsul nie operator pengeluaran je....). Shamsul hanya menjawab, saya Sen. Engineer kat comp lama (company tutup operasi d Msia). ...dia terus kata "Bagus, tahniah Shamsul"....walaupun dah keje selesa, bole start biz kecil2 lagu nie...;)...kelakau...
Tidak terucap kpd semua penyokong/peminat Murtabak AGhaffur yg tidak jemu2 dtg membeli, saudara mara (jauh dekat) yg dtg memberi sokongan, rakan sahabat handai yg sudi dtg dan promosikan Murtabak AGhaffur. Tidak kurang hebat sambutan di pejabat2, yang sentiasa 'mengorder' Murtabak AGhaffur panas2....:)
Untuk fasa kedua perniagaan ini, kami di Murtabak AGhaffur telah membeli sebuah motor 2nd hand untuk memudahkan kami melopori segment perniagaan "Delivery" ke pejabat2 bagi sebarang majlis atau sbg makanan minum ptg di pejabat....n we named this biz as "Hot Hot Delivery"....Jadi, kpd yg berminat, boleh la hubungi kami di 019 3555 818 untuk khidmat penghantaran.....(ade motor senang sikit nak cilok kat dlm KL nie...kalu pakai Viva, rasa nak terberak terkencing kalau 'terstuck' dlm jam kat KL nie....)
Kpd rakan2 dan saudara mara yg mana gambar mrk x dpt lg di-upload (lupa nak ambil gambar), saya memohon maaf...sesungguhnya, wajah dan sokongan anda sentiasa berada di lubuk hati kami yg paling daaaaaalammmmm...... i alwiz believed and like this quote that says....'If someone can’t accept you at your worst, they don’t deserve you at your best!'.....so kesimpulan nye, u guys deserved us at our BEST!!!, insyaallah:)
Kami sentiasa berdoa agar kami sentiasa diberikan kesihatan terbaik, dapat menyediakan murtabak dgn kualiti yg terbaik, perniagaan ini dpt berkembang maju, berkat, dan berjaya diterima semua masyarakat....doa kan kami juga.....
Sekian dulu...jumpa lg di lain hari...Jaga diri....selamat berpuasa di bulan Rejab...
Assalamualaikum....
Atika
No comments:
Post a Comment